»

08 January 2012

15 Fakta Menarik Mengenai Kempen Bebaskan Anwar 901


Salam pagi minggu buat semua pembaca blog JR.

JR sebenarnya sudah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak menyelitkan entri berkaitan politik dalam blog ini. Ini kerana menulis isu politik sama ada pro-pemerintah atau pro-pembvangkang hanya akan membangkitkan rasa tak senang pelbagai pihak, kerana bukan semua orang mempunyai pendirian politik yang sama.

Tapi memandangkan semenjak dua menjak ni TV kita sarat dengan berita "Kempen Bebaskan Anwar 901", JR terpanggillah juga nak menulis sikit mengenai kempen ini berdasarkan beberapa sumber yang sangat-sangat sahih:

1. Kempen ini dinamakan 'Kempen Bebaskan Anwar 901, kerana ia diadakan pada 9.01.12 sempena dengan keputusaan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok.

2. Pihak penganjur kempen menyatakan kempen itu bertujuan mendesak Hakim Mahkamah Tinggi yang akan membuat keputusan esok memberi penghakiman secara adil tanpa dipengaruhi 'tangan-tangan ghaib politik' seperti yang mereka dakwa pernah berlaku sebelumnya.

2. Pihak polis telah membenarkan kempen yang dijangka dihadiri oleh 100,000 orang itu diadakan di luar mahkamah dengan syarat ia berlaku secara aman dan peserta kempen perlu bersurai selepas sejam keputusan mahkamah diketahui.

3. Pada tahun 2000 Anwar pernah dituduh di mahkamah kerana meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar. Walaupun Azizan pernah mengejutkan mahkamah dengan menyatakan dia tidak pernah diliwat oleh Anwar, namun Anwar telah dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, selepas empat tahun, Mahkamah Persekutuan menolak sabitan itu dan membebaskan Anwar.

4. Selain dari Anwar dan Saiful, dua lagi figura penting yang didakwa terlibat dalam kes ini ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah. Kedua-duanya telah disapina oleh Mahkamah Tinggi untuk hadir memberi keterangan di mahkamah, tetapi kedua-dua mereka enggan hadir.

5. Penyokong-penyokong Anwar percaya pertuduhan liwat terhadapnya di mahkamah adalah merupakan satu konspirasi dan komplot politik untuk menjatuhkannya kerana pada 24 Jun 2008, iaitu dua hari sebelum Saiful mendakwa dia diliwat, Saiful dilihat berada di pejabat Perdana Menteri untuk menemui Najib. Bagi penyokong-penyokong Anwar pertemuan Najib dan Saiful dua hari sebelum dia mengadu diliwat itu sengaja dibuat sebagai rancangan untuk mengatur skrip liwat yang bakal dikenakan terhadap Anwar.

6.  Walaupun penyokong-penyokong Anwar tidak percaya pemimpin mereka sanggup melakukan liwat kerana sejak muda dia dikenali sebagai seorang yang tidak mempunyai kecenderunagn seks yang menyimpang, tapi bagi penyokong-penyokong kerajaan mereka yakin orang-orang yang dikenali sebagai baik sejak kecil tidak semestinya akan terus baik hingga ke usia senja.

7. Anwar Ibrahim dan Najib Tun Razak adalah merupakan dua orang sahabat karib ketika mereka sama-sama dalam Umno. Ketika Anwar menjadi Ketua Pemuda Umno, Najib pernah menjadi Timbalan Ketua Pemuda Umno. Ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri pula, Najib adalah salah seorang menteri yang menjadi kepercayaan Anwar.

8. Usia Anwar sekarang ialah 64 tahun. Jika dia didapati bersalah, dia mungkin akan di hukum penjara untuk satu tempoh yang lama yang tidak memngkinkan dia kembali lagi aktif berpolitik jika umurnya panjang.

9. Kes perbicaraan Anwar  bermula pada 3 Februari 2010 dan  ditutup pada 15 Disember 2011 selama 1 tahun 10 bulan adalah antara kes yang agak panjang dalam sejarah penghakiman di Malaysia yang melibatkan figura politik negara.
10. Saiful memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mencuci duburnya selama dua hari selepas diliwat pada 26 Jun 2008 kerana mahu menyimpan bukti.
11.  Menurut pihak  pembelaan keterangan Saiful tidak boleh dipercayai kerana dia mempunyai peluang untuk melarikan diri dan meminta tolong jika dia benar-benar diliwat. Saiful bukan saja tidak melarikan diri malah dia masih bekerja seperti biasa di pejabat Anwar selepas dikatakan diliwat.

12. Pihak pembelaan juga menimbulkan isu bahawa kes ini sepatutnya dibuang kerana Saiful dikatakan mempunyai hubungan intim menyerupai kekasih dengan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif .

13. Hampir 400 aduan polis telah dibuat oleh pihak NGO dan badan-badan politik yang mempertikaikan Kempen Bebaskan Anwar 901 yang dikatakan cuba mencampuri urusan mahkamah.
14. Kempen Bebaskan Anwar 901 akan dibuat di tempat letak kereta Mahkamah Tinggi yang hanya boleh memuatkan seramai 5,000 orang, sedangkan pihak penganjur dijangka akan menghimpunkan 100,000 orang penyokong Anwar.

15. Belum pun Hakim mahkamah membuat apa-apa keputusan, tiga orang telah di tahan semalam kerana melukis grafiti di dinding bangunan di Lembah Pantai yang tertera tulisan "TTR901" yang turut mengaitkan Datin Rosmah Mansor dalam kes ini.

(Sumber: pelbagai sumber caca merba)

JR: Bagi warga kota KL, berhati-hatilah esok kerana sama ada Anwar disumbat ke penjara atau tidak adalah sesuatu yang belum pasti, cuma yang pasti ialah KL pasti sesak teruk esok. 
Selamat bersesak-sesak....


2 comments:

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....