Pernah korang dengar kisah wanita mengandung tapi kandungannya tiba-tiba hilang. Yang mengandung tu pula bukan baru mengandung 2-3 bulan, tapi ada yang dah sampai 8 bulan mengandung, perut bulat memboyot. Bila buat scan memang nampak janin sihat di dalam rahim. Tapi satu pagi tak terduga, bila bangun pagi tiba-tiba perut kelihatan kempis!! Mana pergi bayi aku??
Dan bila pergi periksa doktor dan buat scan sekali lagi kata doktor tiada tanda wanita itu mengandung. Pakar sakit puan hospital pula akan menjawab wanita itu mengalami delusi (memepercayai sesuatu yang sebenarnya tak wujud). Pasti nak pengsan wanita yang mendengarnya. Jadi apa yang dia kandung selama 8 bulan ni: cuma mengandung angin atau mengandung asap??
Mengikut seorang perawat Perubatan Islam Sinar Zamdurrani, Ustaz Sharhan Safie, perkara seperti itu bukan mustahil berlaku. Ustaz Sharhan menyatakan dia pernah merawat seorang wanita yang mengalami kes sedemikian yang rupanya adalah angkara jin jantan yang jatuh cinta kepada manusia (wanita). Jin itu adalah dalam bentuk saka turun temurun di mana kehilangan anak akan berlaku dalam setiap keturunan angkara jin itu. Dan biasanya mengikut beliau tragedi hilang anak ini akan berlarutan sehingga tujuh keturunan pewaris saka itu. Siapa yang kena nasiblah!!
Ustaz Sharhan
"Biasanya wanita yang lemah akan menjadi pilihan saka dan berhadapan dengan situasi ini (hilang anak dalam kandungan). Hal itu boleh berlaku sehingga beratus tahun berdasarkan tujuh jurai keturunan tersebut", beritahu Ustaz Sharhan yang JR petik dari Al-Islam Februari 2012.
Jadi bagaimana untuk menghalang kehilangan janin ini dari berlaku? Jawapan Ustaz Sharhan mudah:
"Tutuplah aurat kerana jin biasanya lebih mudah jatuh cinta kepada wanita yang tidak menjaga aurat mereka"
suka perkongsian ini,,tq..biasa dengar tu pasal janin hilang dalam rahim
ReplyDeleteperghhh.. ayt last.. makan dlm..
ReplyDeletemenakutkan la pulak bila dengar...
ReplyDeletetapi kesian la kat wanita tu...penat-penat jaga 8 bula...
yang penting tang aurat tu...hehe
udinz.com
takutnya bila jadi macam ni...mudah2an kita diselamatkan Allah dari kes macam ni...
ReplyDeleteitulah hikmatnya menutup aurat,,,
ReplyDeletebetul sekali..sokong ayat ustd yg last tue...aurat kena jaga dan perempuan tak boleh lemah semangat sagt..bhya..
ReplyDelete