Semalam JR ada masukkan entri bertajuk 'Seram....Bila Jin Jatuh Cinta..' Pagi ni JR nak sambung pandangan Ustaz Sharhan mengenai tanda-tanda manusia yang telah dipilih jin untuk menjadi kekasihnya.
Mengikut Ustaz Sharhan, nafsu jin sangat kuat berbanding manusia. Beliau memberi contoh pernah merawat seorang bekas pelacur wanita yang menggunakan khidmat jin dengan memakai 40 tusuk ditubuhnya. Wanita itu berkata dia mampu mengadakan hubungan seks dengan 10 lelaki semalam tanpa rasa puas. Dia tidak puas kerana lelaki yang mengadakan hubungan seks dengannya cuma lelaki biasa yang tidak memakai ilmu jin. Dia cuma akan puas jika mengadakan hubungan seks dengan lelaki yang juga memakai tusuk (yang juga dikuasai jin).
Tanda-tanda seseorang manusia telah dipilih jin untuk menjadi kekasihnya:
i) Terdapat kesan lebam sebaik bangun dari tidur. Kesan lebam ini adalah akibat gigitan jin (jin pun pandai buat love bite!!)
ii) Bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
iii) Mimpi selalu berkunjung ke tempat kotor dan ke kawasan perkuburan.
iv) Selalu bermimpi melihat budak kecil dan budak itu sangat kita sayangi, malah kita menyusukannya.
v) Bila bangun tidur rasa tersangat menyampah melihat orang tersayang/pasangan hidup kita. Ada saja perkara tak kena bila melihat orang tersayang. Sebenarnya itu tanda jin semakin kuat menguasai diri.
vi) Selalu rasa sakit kepala tanpa dapat dikesan puncanya menerusi perubatan moden.
vii) Kadang-kadang melihat seperti lembaga antara jaga dan tidur.
Mengikut Ustaz Sharhan jin memang pandai bermain dengan tipu muslihat. Satu demi satu badan manusia akan diganggunya bila jin telah jatuh cinta....
hmm takut laa T_____T
ReplyDeleteseram jugak
ReplyDeletekuatkan semangat! kuat kan diri..
ReplyDeleteanda mampu mengubahnya
Huhuhu nasib baik tak ada...
ReplyDeleteJR.. Saya nak baca mlm tadi, kensel... ! Jin tu Edward Cullen ke?
ReplyDeleteyang no 1 tu selalu ada.:)
ReplyDeletesy slalu mimpi jatuh tangga la jatuh apa la lepas tu terkujat time tgh tidor hahaha
ReplyDeletejin memang boleh jatu cinta dgn manusia...ada ustad bgtahu hari tue, klu mandi kena bealas supy jin tak mudah jatuh cinta..
ReplyDelete