Salam malam Selasa buat semua pembaca blog JR.
Ketika sedang menulis ni JR baru saja tiba ke rumah di Alor Setar dari Pulau Pinang. Banyak juga kenderaan atas lebuhraya sempena cuti Raya Cina ni, tapi tidaklah sampai ke peringkat heavy jam.
Musim Raya Cina ni, tiba-tiba ramai pula orang Melayu yang kawin. Cina yang raya, Melayu pula yang kawin. Patutlah orang Melayu cepat membiak....
Bila musim kawin ni tiba-tiba teringat satu kisah seseorang yang JR kenalkan di sini sebagai "Y" saja namanya. Y ni seorang lelaki yang dalam kategori 'bujang terlajak' kerana umur 32 tahun tapi belum kawin lagi. Puas ayah dan maknya pujuk untuk kawin tapi dia masih degil, tak mau kawin lagi. Mak ayahnya dah pening kepala, takut dari umur 32 jadi 35, kemudian jadi 40 tahun belum kawin, macam mana??
Tapi suatu hari tiba-tiba ramai rakan Y terkejut bila mendengar dia akan kawin minggu depan. Aitttt...cepatnya. Dulu tak mau sangat, tiba-tiba sah nak kawin pula.
"Mak ayah aku yang pilih" kata Y "Aku bukan suka sangat kawin, pompuan tu pun mak ayah aku yang pilih, aku tak kenal pun" beritahu Y kepada kawan-kawan sekampungnya.
Lepas seminggu majlis kenduri kawin selesai, tiba-tiba wajah Y hilang begitu saja dari kampung mereka. Kawan-kawannya sangat risau. Apa kena dengan Y ni tak keluar rumah langsung dah seminggu? Sakit ke dia? Tu lah mak ayahnya pun satu, dah orang tak mau kawin mengapa dipaksa-paksa kawin, kan dah sakit pula kawan kita tu?
Hinggalah 10 hari lepas kawin, baru nampak wajah Y. Hari itu Y dengan wajah sedih berjalan longlai menemui rakan-rakannya yang sedang bermain dam di kedai kampung mereka.
Tapi kawan-kawannya terkejut kerana muka Y macam pucat saja dan badannya seperti letih semacam. Ha...ni mesti sakit ni, mangsa kawin paksalah katakan!!
Tiba-tiba Y menangis di depan mereka. Alamak, pengantin baru menangis, tak macho langsung, cissss, malu kaum ajer...
"Apasal Y, ngapa menangis..kau sakit ke?" tanya rakannya.
"Ni mesti kes kena dera dengan bini ni...kesian kawan kita ni, dok membujang elok-elok dipaksa kawin, kesian..." tambah rakan seorang lagi.
"Tak lah...aku menangis bukan kerana kena dera, bukan kerana tak suka kawin, tapi..." kata Y tersekat-sekat.
"Tapi apa?" tanya kawan-kawannya serentak.
"Aku menangis kerana aku menyesal..."jelas Y, masih terisak-isak menangis.
"Pasti kau menyesal kau kawin cepat sangat kan?" teka rakan-rakannya.
"Tak..tak...Sebenarnya aku menyesal sebab aku kawin lewat. Kalaulah aku tau betapa syoknya kawin, tentu aku dah kawin 10 tahun yang lalu..."
Patut ler 10 hari Y hilang, rupanya dia sedang menikmati saat-saat keseronokan berkawin....
Syoknya kawin!!!
aish...ni yang buat nak kawen jugak ni...adoi...
ReplyDeleteadussss...ada juga ek gitu hahaha
ReplyDeletekawen jgn xkawen.. hehe..
ReplyDelete