Selamat Tahun Baru 2012..
Selamat tahun baru 2012:
berapa banyak wang yang dibakar
bersama kilauan bunga api yang dihamburkan ke angkasa?
Selamat tahun baru 2012:
malam penuh pesta, nyanyi, menari dan suka-suka
Selamat tahun baru 2012:
berapa banyak tin beer yang akan dikutip oleh pekerja Dewan Bandaraya
awal pagi nanti
di kaki lima, di tengah taman bunga, di tepi padang, di pinggir belukar?
Selamat tahun baru 2012:
berapa banyak gadis yang hilang daranya
selepas mabuk dalam dakapan lelaki hidung belang
atas nama perayaan malam tahun baru?
Selamat tahun baru 2012:
berapa banyak kondom yang akan dikutip
oleh pekerja Dewan Bandaraya awal pagi nanti
di pinggir belukar, di pinggir padang, di pinggir taman bunga?
Selamat tahun baru 2012:
berapa banyak anak luar nikah yang akan lahir sepuluh bulan lagi?
Selamat tahun baru 2012:
malam penuh noda dan dosa
pagi gadis hilang dara
pagi benih haram membentuk anak luar nikah...
Siapakah yang akan menanggung dosanya
ibu bapa yang tak prihatin
kita yang cuma memerhati
dan pemimpin yang tak peduli??
Terbaik...memang pukul habis!!
ReplyDeleteSelamat tahun baru..
ReplyDeleteSelagi kita tak berani mengubahnya, Malaysia dan dunia tak akan berubah...