Akhir-akhir tahun 2011 ni nampaknya chef selebriti terkenal, Chef Wan banyak bikin gempar menerusi facebooknya. Mula-mula hentam anak lelakinya sendiri, Chef Riz. kemudian dia bergaduh dalam facebook dengan Afdlin Shauki dan Adlin Aman Ramli. Lorat betul chef kita sorang ni!!
Dan hari ni Chef Wan mengambil keputusan paling drastik dengan membuat kenyataan untuk menutup facebooknya mulai esok (1.1.120).
Apa ni Chef, merajuk ke sampai tutup facebook di awal tahun baru ni? Tak baik merajuk tau, nanti lekas tua (memang Chef Wan pun tak muda lagi, dah jadi atuk...)
Chef Wan dalam satu kenyataannya hari ini berkata, keputusan menutup facebooknya itu disebabkan dia tidak mahu menjadi punca pelbagai perbalahan yang berlaku antara peminat di dalam facebooknya.
"Setiap kali saya menulis sesuatu, ia akan menjadi perbalahan antara yang menyokong saya dan yang ingin menghentam. Jadi saya rasa ia adalah tidak bagus seolah-olah saya menjadi punca perbalahan kepada banyak pihak," kata Chef Wan kepada mStar Online.
"Bukan sahaja cara saya mengkritik dalam MLM dihentam hebat tetapi juga paling menyedihkan saya dituduh cuba memurtadkan cucu saya hanya kerana membawanya ke majlis Hari Natal. Tuduhan-tuduhan begini membuatkan saya kecewa dan mengambil keputusan untuk menutup akaun tersebut," sambungnya lagi.
Tak apalah Chef, tutup Facebook pun tutuplah.Nak merajuk pun merajuklah. Dalam negara demokrasi ni bukan ada sapa nak halang kita untuk tutup facebook ke, tutup kedai ke atau tutup pintu rumah ke.
Kalau tangan Chef Wan dah terlalu gatal nak tulis balik, nanti gunalah book lain pula: twitter ke, blog ke untuk menulis balik. Atau lepas sejuk-sejuk hati nanti buka la balik akaun facebook tu, kan, kan, kan???
mulut lazer..tapi berani...entahlah..:)
ReplyDelete