Korang masih ingat siri TV yang pernah banyak kali muncul di TV7: Seekers? Masih ingat? Aleh...siri pemburuan hantu yang skripnya sama saja setiap minggu tu lah. Yang berbeza cuma lokasi berhantu yang cuba dirungkai misterinya dan sukarelawan yang 'ingin bertemu hantu' saja yang berbeza. Skripnya pula sama: dimulai dengan cerita tentang latar belakang lokasi berhantu yang nak divideokan, kemudian pemasangan kamera dan alat pengesan hantu, diikuti oleh kedatangan sukarelawan yang akan tinggal bersendirian menunggu ketibaan hantu dan diakhiri dengan apa yang seterusnya terjadi kepada sukarelawan itu. Memang ada adegan yang memperlihatkan sukarelawan dirasuk, tapi gambaran yang boleh benar-benar meyakinkan kehadiran hantu jarang terasa.
Sejujurnya JR tak pernah terkesan kehadiran hantu atau paranormal sejak mengikuti Seekers musim pertama hingga kelima. Tak rasa macam ada hantu langsung!! Tapi JR memang mengikuti juga siri itu (kerana anak JR suka menontonnya) dengan harapan minggu berikutnya ada perbezaan, tapi nampaknya setiap minggu tak pernah pun rasa seram!! Jika korang mempunyai pandangan yang lain, tak tau lah...
Apapun, itu cerita Seekers musim pertama hingga kelima. Berita terbaru ialah Seekers musim keenam akan muncul mulai esok (5 Januari 2012) yang dikendalikan oleh tiga pengacara baru iaitu Bil Azali, Syai dan Ixora Chern. Ia bersiaran pada setiap Khamis mulai 5 Januari ini, pukul 9 malam menerusi saluran TV7.
Menurut penerbitnya, Aeizul Reeza Ismail kepada Mstar Online, Seekers kali ini tampil penuh kejutan, seram dan suspens dengan pelbagai perkara aneh yang terpaksa dilalui oleh tiga pengacara tersebut untuk mencari jawapan kepada misteri paranormal yang ditampilkan.
“Saya pasti penonton berminat melihat sesuatu yang jarang boleh ditemui terutama apabila berjaya dirakam secara visual ataupun bunyi. Inilah kelainan yang kami cuba sampaikan melalui rancangan ini iaitu sejauh mana perkara paranormal boleh diterima akal atau mungkin kami boleh membuktikan sesuatu di sebalik semua peristiwa aneh," katanya.
Tambah Aeizul lagi, program tersebut turut dilengkapi dengan teknologi terkini seperti kamera infra merah, alat pandangan malam, pengesan bunyi dan haba sensitif, medan pengesan elektronik serta lampu suluh.
Bagi musim keenam ini, kru dan ahli penyiasat Seekers akan ke Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan bagi membongkar beberapa lagi aktiviti paranormal sepanjang 19 episod ia disiarkan. Bukan itu sahaja, selebriti tempatan seperti Black (Mentor), Danny (X-Factor), Kanchana Devi, Belle Ngasri, Hamdan dan ramai lagi turut bersama penyiasat Seekers yang lain.
Cuma JR berharap biarlah rancangan Seekers musim kenam ini dapat menandingi rancangan Ghost Adventures di TV8 yang kelihatan lebih realistik, dengan suara dan imej hantu yang jelas pada setiap siri. Setakat melihat titik-titik putih yang tak jelas dalam siri Seekers seperti sebelum ini, amat sukar untuk meyakinkan kehadiran paranormal di tempat-tempat yang dimaksudkan itu. Tidak seperti Ghost Adventures yang suara hantunya mudah didengari, siri Seekers sebelum ini tak pernah didengari suara hantu. Atau adakah kerana hantu Melayu adalah lebih pendiam dari hantu Mat Salih dalam Ghost Adventures, maka penonton tidak pernah mendengar suara hantu bercakap dalam Seekers??
Harap-harap Seekers musim keenam kali ini benar-benar akan membuat penonton rasa penuh kejutan, seram dan suspens seperti yang dijanjikan TV7!!!
I like it because i was seeking for such type of info.
ReplyDeleteI hope it benefits all one who land up here.
Thanks for sharing!!
Chevrolet Lumina AC Compressor
x suka la tengok....
ReplyDelete