»

04 January 2012

Aaron Aziz Pelakon Mata Duitan, Semua Dia Sebat???


Salam petang yang hangat dari JR buat semua yang mengikuti blog ini.

Petang ni tiba-tiba JR nak bercakap tentang filem la pula. Bila bercakap tentang filem, entah mengapa, teringatlah JR kepada Aron Aziz yang dikatakan ramai wanita menggilainya itu (betul ke??). Yang menariknya tentang Aaron ini ialah dia bukan saja berlakon dalam filem, tapi dia juga all rounder, berlakon filem boleh, berlakon drama boleh, berlakon teater pun boleh. Yang JR belum pernah tengok dia berlakon ialah berlakon bangsawan dan berlakon dalam opera Cina.


Dia bukan saja berlakon dalam filem-filem yang mendapat sambutan hangat seperti Evolusi KL Drift 2, KL Gangster dan Ombak Rindu tapi juga filem yang ada orang panggil "filem hampeh" seperti 2 Alam yang tak laku di pawagam itu. Lalu mulut-mulut cabul pengkritik filem menggelar Aaron Aziz sebagai pelakon mata duitan, kerana semua dia sebat: ditawar jadi hero boleh, ditawar  jadi crook boleh, filem yang skripnya menarik boleh, 'filem hampeh' pun boleh. Asalkan ada tawaran, asalkan duit masyukk..semua dia bolot, yang penting dapat duit, jalan cerita isu nombor sepuluh.

 Tapi benarkah Aaron pelakon mata duitan, semua dia sebat, asal dapat duit tanpa mengira mutu filem dia akan terima tawaran untuk berlakon??

Aaron Aziz dalam kenyataannya kepada mStar hari ini menafikan dia mata duitan kerana membolot semua tawaran berlakon yang diberikan walaupun filem itu tidak sesuai dengannya. Aaron berkata, meskipun terdapat beberapa filem lakonannya gagal mendapat perhatian di pawagam, dia sebenarnya tidak melihat kepada tema sesebuah filem itu sebaliknya kepada watak yang diberikan (ya ka Aaron??).

"Soal membolot dan mata duitan tidak sepatutnya timbul kerana ini adalah punca rezeki saya dan seharusnya saya bekerja kuat untuk memberi nafkah kepada keluarga. Bagaimanapun saya akui ada sesetengah filem temanya tidak bersesuaian tetapi tumpuan saya adalah kepada watak yang ditawarkan sama ada sesuai atau pun tidak,"  katanya membela diri.

Mengikut rekod Finas, filem lakonan Aaron iaitu 2 Alam mencatat kutipan paling rendah iaitu sebanyak RM440,000 sementara filem KL Gangster meraih kutipan RM11.74 juta, manakala Ombak Rindu telah mencapai kutipan RM11 juta.

Bagi JR, apa yang Aaron katakan itu ada betulnya, dah punca rezekinya ke situ (dunia lakona), carilah duit banyak-banyak menerusi jalan itu. Mungkin prinsip Aaron ialah cari duit banyak-banyak melalui filem dan drama tanpa mengira skrip atau mutunya. Bagi sesetengah pelakon lain pula, mungkin prinsipnya lain, mereka hanya berlakon sesuatu yang boleh diingati oleh penonton dan mereka tak akan mencemar imej mereka dengan berlakon filem atau drama tak bermutu yang tak membawa apa-apa kesan kepada penonton.

Lain padang lain belalang, lain pelakon lain ragam...

6 comments:

  1. orang lelaki pun minat aaron aziz apa..nak tengok ombak rindu sebab ada aaron aziz..haha ingat nak tengok maya karin..dia ni sempoi..semua suka dengan lakonan dia..

    ReplyDelete
  2. gaya sempoi...ombak rindu jalan cerita ok..cuma byk sgt babak2 tak sopan...itu yang ramai komen tidak islamik...

    ReplyDelete
  3. Sokong gan Aaron...nak buat camna..dia carik duit dengan berlakon untuk tanggung keuarganya hihihihi

    ReplyDelete
  4. Aaron aziz, memang berbangkat, nak kata apa lgi...

    ReplyDelete
  5. actaully saya rasa bosan, asik-asik heronya muke tu.. je, carila muka lain. tak hensem takpe, asal berlakon mantap.

    ReplyDelete
  6. dulu masa skolah..uma cik oda kat johor dpt channel dr singapore. Slalu tgk aaron aziz n adi putra blakon drama spore.tup2 tgk blakon kat msia pastu asik dpt jd hero je..rejeki dorang..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....