»

09 January 2012

Mahkamah Bebaskan Anwar Ibrahim


Salam pagi Isnin buat semua pembaca blog JR.

JR tak bercadang untuk mengulas sesentimeter pun berita di bawah ni. Biarlah berita bercerita dan biarlah blog lain pula yang mungkin mahu mengulasnya:


KEPUTUSAN LIWAT II: ANWAR TAK BERSALAH

Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebas dan dilepaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."


Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menangis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan:

 
image
Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira.

Dalam reaksi spontannya, anak Anwar - Nurul Izzah menulis di Twitter:

"Judge: reading results immediately. Evidence not corroborated. Papa is acquitted! Takbir!"

Anwar mengucapkan alhamdulillah dan berkata kebenaran akhirnya dapat ditegakkan.

“Saya berterima kasih kepada Wan Azizah dan keluarga kerana menyokong dan juga barisan peguam. Saya akhirnya dibebaskan selepas diaibkan sedemikian,” katanya di luar mahkamah.

Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan pemimpin Pakatan dan ahli-ahli serta orang ramai yang menyokongnya.

Katanya, agenda reformasi bagi menentang rasuah dan kebebasan media mesti diteruskan.

(Sumber: malaysiakini)

3 comments:

  1. Lama gile kes ni. Dapat la pihak tertentu menghalang Anwar daripada bertanding dulu kan? Utk pilihanraya akan dtg ni pun ntah dia dpt bertanding ke tak.

    ReplyDelete
  2. A..A.. Taknak komen semeter pun...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. akhirnya Anwar bebas jugak dari di aniaya selama ni. walaupun hakikatnya kes ni sepatutnya tak pernah wujud pun.. kesian.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....