Salam pagi buat semua pembaca blog JR.
Hari ni pasti hari yang paling menyibukkan bagi mereka yang anak mereka baru nak memasuki tadika, darjah satu atau tingkatan satu. Di bandar-bandar besar, jalan pasti sesak, rasa rimas bila berada dalam kereta. Jika ada kereta kecil dan cute OK juga, mudah mencelah, tapi jika naik kereta saiz badak sumbu...hmmmm, payahlah..
Bagi mereka yang ingin memiliki kereta kecil lagi cute dengan harga yang amat murah, apa kata korang dapatkan sebuah kereta baru diberi nama RE60 yang harganya sangatlah murah.
Spesifikasi kereta kecil lagi cute ini adalah seperti berikut:
Nama kereta: RE60
Kuasa enjin: 200cc (besar sikit dari enjin motor kapcai)
Penggunaan bahan api: 40 kilometer bagi setiap satu liter petrol (jimatnya!!!)
Kelajuan: 70 km satu jam
Berat: 400 kilogram (senang nak diangkat jika banjir)
Harga: Belum diputuskan, tapi dijangkakan di bawah 70,000 rupee (RM4,145)
Pengeluar kereta: Bajaj Auto, India
Jika korang suka dengan kereta yang sangat comel lagi cute ni, bolehlah buat tempahan dengan pengeluarnya, Bajaj Auto di India. Itu yang susah sikit tu...takut-takut kereta ini tak diluluskan oleh Kerajaan Malaysia kerana harganya terlalu murah yang boleh mengancam pasaran kereta buatan Malaysia!!!
cutenya kereta hihihi
ReplyDeletejika kat malaysia dh confom le angkat dua buah ... buat berulang koje .. x de le basah bila hujan ..he3...
ReplyDeletecomel.. yg kuning tu comel..
ReplyDeleteCik Rose: Cute, murah dan jimat...
ReplyDeleteBrothers Sam: Nasib baik 2 buah, kalau 5 buah, penuh rumah dgn kereta...
ReplyDeleteLady Bird: Lady Bird lagi comel...
ReplyDelete