JR memang meminati Wardina, pengacara televisyen terkenal yang juga pelakon dan bekas model itu. Gaya ketrampilannya yang penuh sopan dan beberapa isu kontroversinya sebelum ini yang pernah bergambar dengan beberapa tokoh pembangkang terkenal mempopularkan lagi namanya.
Tapi awal pagi tadi Wardina atau nama penuhnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot ditimpa kemalangan, dia kerugian RM20,000 apabila rumahnya disamun tiga lelaki bersenjata di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa,Kuala Lumpur. Dalam kejadian pada jam 3 pagi itu, tiga penjenayah memasuki rumah Wardina setelah mengumpil pintu belakang rumah mereka.
Wardina menunjukkan rumahnya yang berselerak selepas disamun (foto:Bernama)
"Ketika itu saya tidur berseorangan di bilik tidur utama kerana saya demam. Disebabkan itu, suami saya, Ikhwan Johari, 36, tidur bersama anak bongsu lelaki saya, Imran Ar-Razi, 3. Salah seorang penjenayah telah menarik selimut saya, lalu mengarahkan saya bangun dari tidur sementara penjenayah lain membawa kesemua ahli keluarga berkumpul dan pembantu rumah di bilik tidur utama," kata Wardina kepada Bernama.
Wardina berkata ketiga-tiga penjenayah lelaki itu memakai topeng kain menutup wajah mereka. Mereka memegang pemutar skru, kayu panjang dan pemotong besi. Suaminya turut dipukul oleh penjenayah terbabit di bahagian muka dan kaki sebelum diikat.
Penjenayah mengambil masa 45 minit menyelongkar seluruh rumah sebelum melarikan barang berharga termasuk lima komputer riba, empat telefon bimbit, cincin emas, kunci kereta dan wang tunai RM200.
JR memahami situasi yang dihadapi oleh Wardina kerana rumah JR juga pernah dicerobohi penjenayah beberapa tahun dahulu. Apa yang penting ketika menghadapi musibah begini ialah keselamatan semua ahli keluarga. Syukurlah, tidak apa-apa yang berlaku kepada Wardina dan keluarganya. Wang mungkin boleh dicari, tapi nyawa hanya satu.
Kepada Wardina bersabarlah menghadapi dugaan Allah itu..
rumah cik oda pun pernah dimasuki perompak time sume tdo. Sume xsedar. Bgn2 pagi je tgk2 ada kesan pecah masuk. Handbag dijumpai kt blakang uma jiran dgn isi yg btaburan
ReplyDelete