Kesian artis cun Siti Saleha..dah satu bulan dia dikatakan lari ke UK membawa diri. Merajuk apa Siti sampai lebih sebulan tak nampak muka di Malaysia? Lari sorang diri saja ke...JR kan ada, kenapa Siti tak ajak ikut sekali? Kalau ajak, hmmm...kecil tapak tangan, tapak kaki dinosour ditadahkan...
Baca selanjutnya al-kisah Siti Saleha nie:
SHAH ALAM: Pelakon Siti Saleha menafikan kehilangannya selama sebulan daripada industri hiburan kerana merajuk.
Sebaliknya dia ke United Kingdom untuk bercuti selain melawat ibu dan kakak sulungnya yang menetap di negara itu. Siti Saleha berkata, telah menjadi kebiasaan dia melawat mereka pada setiap tahun.
"Saya berlepas ke United Kingdom pada 3 Disember lalu dan kembali ke Kuala Lumpur pada 7 Januari lepas. Saya tidak menghilangkan diri seperti mana yang diperkatakan ataupun merajuk," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Pak Pung di sini pada Khamis.
Tambahnya, dia juga turut berkesempatan melawat beberapa buah negara Eropah lain sebagai menghabiskan masa bersama keluarga.
"Sejak ibu bapa bercerai, telah menjadi rutin kami adik beradik terbang ke sana untuk melawat ibu dan kakak dan ia sudah menjadi kebiasaan. Malah saya sudah biasa dengan tempat-tempat di sana dan boleh keluar seorang diri tanpa ada sebarang masalah," katanya.
Dalam pada itu, Siti Saleha berkata, dia bagaimanapun tidak bercadang untuk menetap terus di negara tersebut kerana lebih selesa dengan kehidupan di tanah air.
"Saya sudah lama menetap dengan ayah di Malaysia dan lebih selesa dengan keadaan di negara ini berbanding di United Kingdom," katanya.
(sumber: mStar)
beruntung gler siti saleha...best wooo dapat jalan kat luar negara...
ReplyDeletecomel kan die... :D..
ReplyDeletebest lah dia.nape tak ajak kita sekali kan JR..hehe
ReplyDelete