Salam pagi Sabtu buat semua pembaca blog JR.
Tika jejari JR sedang menari ni, JR sebenarnya baru balik dari market. Beli sedikit barang keperluan untuk bekalan satu minggu.
Bila lalu dekat gerai daging di market tadi, JR disapa oleh penjual daging tu, "Mai..mai doktor, daging baru ni, doktor nak daging berapa kilo?"
Kemudian bila tiba di gerai ayam, penjualnya dah faham sangat dengan keperluan JR, "Ayam untuk doktor 5 ekoq, buang kulit!!" jerit taukehnya kepada seorang pekerjanya.
Yang mengherankan JR sejak dua tahun ni ialah mengapa beberapa orang peniaga di sana menyapa JR dengan panggilan 'doktor'? JR bukan doktor, masa mula-mula dipanggil doktor di market dua tahun lalu, puas juga lah JR explain kat depa bahwa "saya bukan doktor", tapi minggu depan depa masih panggil JR doktor juga. Lalu JR explain lagi, 'saya bukan doktor', tapi mereka cuma ketawa macam tak percaya JR bukan doktor. Dan minggu berikutnya, bulan berikutnya, tahun berikutnya hingga kini bila nampak JR di market mereka akan panggil JR: doktor..doktor..doktor!!
Apapun selepas kira-kira dua tahun dipanggil doktor dan JR pun dah sangat letih untuk menafikannya, kini JR diamkan diri saja bila disapa sebagai doktor. Tak mau nafi lagi dah letih sangat-sangat, nafi pun bukan depa nak percaya yang JR bukan doktor.
Soalnya mengapa mereka ingat JR doktor? Mengapa mereka tak percaya JR bukan doktor? Ada ayam dua serupa ke??
Nak kata di dahi JR ada tertera tulisan "Dr JR", tak juga. Puas belek di cermin tak jumpa juga perkataan Dr JR di dahi maupun di lengan JR. Habis mengapa mereka panggil aku 'doktor'?
Nak kata JR di panggil doktor kerana wajah JR yang tak hensem ni melayakkan JR dipanggil doktor, tak betul kot, kerana ramai lagi orang tak hensem yang datang ke market tapi tak dipanggil doktor pun.
Nak kata JR dipanggil doktor kerana kulit JR yang tak putih melepak dan tak hitam legam pun pasti salah, kerana ramai orang lagi kat market yang warna kulitnya sama dengan JR tapi tak dipanggil doktor.
Nak kata kerana JR pernah kerja di Hospital Alor Setar dan kerana itu mereka ingat JR doktor tak mungkin juga. Di hospital bukan ada satu jawatan, tapi puluhan jawatan dari pengarah hospital, doktor pakar hingga atendan kesihatan. JR pernah jumpa ramai kawan-kawan yang masih kerja di hospital, tapi tak ada siapa yang menyapa mereka sebagai doktor pun.
Nak kata JR ada Ph D kerana itu dipanggil doktor, tak juga, kerana JR tak punya Ph D pun. Bukan saja JR tak punya Ph D (Doctor of Philosophy), tapi PHD dalam erti kata Perangai Hasad Dengki pun JR tak ada..
Habis mengapa JR dipanggil doktor?
Cuma yang JR risau takut pada suatu hari tak terduga nanti, ketika sedang berada di market tiba-tiba ada orang memanggil, "Doktor... ada orang pengsan, doktor tolong mai bantu dia sat!!"
Alamak, kalau ditakdirkan berhadapan dengan isu ini, apa nak jawab? Nak bantu orang tu, aku bukan doktor, nak kata, "Saya bukan doktor" mereka pasti tak percaya!!
hahahaha ok lah tu orang panggil doktor...dari kena panggil penyamun..kekeke
ReplyDeletehaha..tulah pasal..kena belajar la sikit2 pasal perubatan..ready anytime..
ReplyDeletedoktor kan satu panggilan untuk orang yg mulia... hehehe
ReplyDeleteMR JR org kedah yee.. wahh..
ReplyDeletedoktor? erkk.. sbb gaya JR kot?
Siapa pulak yang beri gelaran Doktor tue hihihi
ReplyDeleteHaha JR mana tau masin mulut depa. betul2 doktor lepas ni
ReplyDelete