Sejak kecil orang Melayu selalu diminta berbangga dengan Hang Tuah. Berbangga dengan Hang Tuah yang lurus bendul hingga sanggup bunuh rakan sendiri demi seorang Raja yang zalim. Berbangga dengan Hang Tuah yang sanggup larikan anak dara orang untuk dikahwinkan dengan Raja yang gila nafsu. Berbangga dengan Hang Tuah yang sanggup terjun ke telaga tahi demi untuk menyelamatkan kuda kesayangan Raja.
Tapi sekarang orang Melayu tak perlu bangga lagi dengan Hang Tuah kerana mengikut pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, Hang Tuah dan empat sahabatnya (Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu) itu sebenarnya tak pernah wujud di dunia ini pun!! Seorang lagi "Hang" iaitu Putri Hang Li Po juga mengikut Prof Khoo tak pernah wujud di dunia. Jadi watak-watak yang menjadi kebanggaan Melayu selama ini cuma secebis dongeng. Memang orang Melayu suka cerita-cerita dongeng?
Kerana Hang-Hang itu tak pernah wujud, Prof Khoo seperti yang tersiar dalam star menyatakan buku teks sejarah akan ditulis semula bagi menyelaraskannya dengan fakta dan bukannya mitos dan legenda.
"Pandangan peribadi saya, mitos dan legenda tidak patut dimasukkan dalam kurikulum (sejarah). Bagaimanapun, jika mereka pilih memasukkannya (dongeng mengenai Hang Tuah dan Hang-Hang lain termasuk Hang Li Po), ia mesti dengan jelas menyatakan bahawa cerita-cerita itu bukan berasaskan fakta,"kata Prof Khoo lagi.
"Pandangan peribadi saya, mitos dan legenda tidak patut dimasukkan dalam kurikulum (sejarah). Bagaimanapun, jika mereka pilih memasukkannya (dongeng mengenai Hang Tuah dan Hang-Hang lain termasuk Hang Li Po), ia mesti dengan jelas menyatakan bahawa cerita-cerita itu bukan berasaskan fakta,"kata Prof Khoo lagi.
Sebelum ini pun ramai yang mempertikaikan kewujudan Hang Tuah dan rakan-rakannya itu. Ada pula yang menyatakan semua Hang-Hang itu wujud, tapi mereka adalah orang-orang keturunan Cina yang merantau ke Melaka. Jadi Hang Tuah panglima kebanggaan Melayu itu sebenarnya adalah orang Cina!!
Apa pun bagi JR, sama ada Hang Tuah wujud atau tidak ia tak lah penting sangat. Hang Tuah bukanlah Ibn Khaldun, Ibn Sinna, al-Kindi, al-Farabi, al-Ghazali dan lain-lain tokoh yang memberi sumbangan besar terhadap ilmu dan tamadun dunia.
Jadi tak perlulah sesiapa pun berpolemik mengenai kewujudan Hang Tuah, ia tak penting, ia cuma membuang masa...
jadi selamani orang melayu kena tipu bulat2 tidak pula orang yang memperjuangkan melayu memperbetulkan fakta ini supaya orang melayu tidak tertipu selama2nya
ReplyDeletepatut kaji asal usul islam nun..lagi banyak yang sejarah tipu kita belajar sebelum ni..:)
ReplyDeletehuhu macam tak percaya pula.
ReplyDeleteade aku kesah Hang Tuah wujud ke tak? Haha. Betui tu JR..x memberi sumbangan berguna pun pada manusia seperti ilmu, agama dan sbgnye..
ReplyDeletemasa aku form 6 dulu, cikgu sejarah (bukan org melayu)memang penah buat discussion ttg topik kewujudan hang tuah n sahabat2 beliau. Menurut cikgu aku tu, kalau hang tuah tu disebut dalam sebutan cina dia akan jadi Ang Tu Ah..so means hang tuah adalah seorang cina. Mende ni la yg lekat sampai sekarang dalam kepala aku. Hang Tuah adalah seorang cina. Selebihnya, cikgu aku tu tetap teguh berpegang pada pendiriannya bahawa Hang Tuah memang tidak pernah wujud berdasarkan fakta2 sejarah. Dan aku sejak dari hari itu, aku dah set dalam mind memang Hang Tuah hanya sekadar mitos orang melayu.
ReplyDeleteMenurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.
ReplyDeleteAndaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Windstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.
Buat apa nak pening2 kepala.. Baik pikir esok nak buat apa, nak makan apa, nak g mana....
ReplyDeleteTakde benda yg penting dan tak penting untuk di kaji. Tak penting pun pi bulan dan marikh. Tak penting pun kaji pasal pyramid. Tak penting pun kaji pasal keagungan tamafun sunda yg ditelan air. Patutla org melayu tak leh maju. Dia buat benda yg penting jer. Tengok af. Nyanyi karaoke. Mkn goreng pisang hehe
ReplyDeleteBuang masa kaji hang tuah, cuba korang try kaji panglima awang orang pertama yang berbangsa melayu mengelilingi dunia, bukan christoper columbus
ReplyDeletesedih bagaimana kita melayu boleh merujuk dan percaya kata kata dari seorang cina yg ada agenda tersendiri.adakah cina kafir ini jujur? Alkah selalu ingatkan dlm Al Quran bhw org org kafir tidak akan senang sehingga kita menurut kehendak mereka.
ReplyDeleteBtol tu...ramai yg percaya cakap cina tu...maaf bukan nak rasist...tapi untuk mempertahankan sejarah melayu...
Delete