»

17 January 2012

18 SX: Kenali Klimak Ghairah Seks Wanita


Salam malam Rabu buat semua pembaca blog JR.

Jika korang adalah lelaki, korang perlu tau info ini. Ia amat penting agar korang tak tertewas sebelum tiba masanya dalam melayari bahtera rumah tangga.

Jika korang wanita, info ini pasti menaikkan semangat korang. Tak caya bacalah:

Keupayaan seksual golongan lelaki semakin berkurangan seiring peningkatan usia. Makin meningkat usia, nafsu seks lelaki makin berkurangan. 

Namun wanita sebaliknya. Kepuasan seksual bagi wanita meningkat seiring pertambahan usia. Makin meningkat usia wanita semakin bernafsu!

http://www.hmetro.com.my/articles/Kattyjadiwanitatua/pix_middle

Kajian oleh American Journal Of Medicine mendapati kaum Hawa mencapai kepuasan seksual lebih tinggi setelah melepasi usia 40 tahun. Malah separuh daripada yang berusia antara 40 hingga 100 tahun masih aktif melakukan hubungan seks. 

Berdasarkan kajian itu hampir semua responden wanita yang berusia purata 67 tahun menyatakan mereka masih terangsang, mempertahankan lubrikasi dan mencapai orgasme ketika bersama suami.

Beruntung jadi wanita kan? Ketika suami semakin mengendur, tapi isteri semakin utuh dan kuat.

Tapi mengapa ada lelaki yang bila sudah meningkat umur masih nak mencari seorang isteri baru?? Mengapa mereka masih nak membuka cawangan baru sedang nafsu seks semakin menurun? Mengikut satu teori lelaki yang kahwin lebih dari satu sebenarnya bukan kahwin kerana nafsu seksnya tinggi, tapi dia kahwin lagi bagi membuktikan dia masih kuat, sedang realitinya dia semakin lemah.


4 comments:

  1. Hurmm....my bos umo 70 pun still nak bukak cawangan No.3.. Cemane tu?

    Follow u

    ReplyDelete
  2. Make sense jugak ek. Sbb saya pun pernah tertanya-tanya, kalo lelaki kawen ramai tu ikut turn balik umah isteri kan. Pastu takkan le tiap2 hari dia bleh main pada setiap turn isteri tu kan?

    ReplyDelete
  3. lelaki pun same.. lagi tua lagi gatal

    ReplyDelete
  4. eh ye ke ek... kemungkinan jugak...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....