Salam Selasa buat semua pembaca blog JR.
Korang bangga tak jadi Melayu? Ada seorang ustaz pernah kata dia tak pernah bangga jadi Melayu, tapi dia sangat bangga jadi Islam.
Tapi kita patut bangga jadi Melayu. Melayu kan bangsa hebat, sejak merdeka banyak yang kerajaan buat hingga Melayu telah menjadi bangsa hebat juara segala juara di Malaysia ni. Melayu juara dadah, juara dedah, juara rempit, juara ragut, juara rasuah, juara buang anak tepi jalan, juara salah guna kuasa dan banyak lagi Melayu adalah juara segala juara yang patut kita banggakan.
Bila Melayu hebat dan dah jadi juara segala juara, artis Melayu lagilah hebat di Malaysia ni, bukan saja juara segala juara tapi Raja segala juara.
Contohnya di Malaysia ni mana pernah dengar suami artis Cina atau India yang bangga bila isterinya telanjang depan orang, atau isteri artis bangga bila suami telanjang depan orang. Tapi artis Melayu ni lain, sebagai bangsa hebat artis Melayu mempunyai pandangan yang lain:
"SAYA tidak akan menolak jika ditawarkan untuk berbogel dalam mana-mana filem di masa-masa hadapan dan isteri saya pun tidak kisah jika saya dikehendaki berbogel sekali lagi (dalam filem)." kata Zul Suphian tatkala mengulas mengenai karakter lakonannya dalam dua buah filem seram, Mantra dan Keramat yang mengkehendaki dia berlakon telanjang dan separuh telanjang dalam adegan ghairah bersama pelakon wanita.
"Saya beruntung kerana keluarga dan isteri saya, Fyza memahami tugas saya selaku seorang pelakon. Mereka tahu saya lakukan semua ini (bertelanjang) untuk tugas saya dan saya juga akan bertindak profesional. Isteri saya tidak kisah, kerana dia tahu saya ramai 'teman wanita' dalam setiap produk lakonan saya," tutur Zul.
"Saya melakukan itu semua bukan untuk mengundang kontroversi tetapi kerana mengikut kehendak pengarah dan supaya penonton dapat gambaran yang lebih jelas," kata Zul mengulas adegan bogelnya dalam filem Mantra pada tahun lepas dan adegan ghairahnya bersama aktres Mon Ryanti untuk filem Keramat yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam.
Ya la tu...demi supaya penonton dapat gambaran yang lebih jelas pelakon perlu buat apa saja yang diarahkan sutradara. Jika filem itu menggambarkan kehidupan suami isteri dan sutradara mengkehendaki mereka berpeluk, bercium, malah mengadakan hubungan seks pun, lakukanlah, demi supaya penonton dapat gambaran yang lebih jelas itulah gambaran kehidupan suami isteri yang sebenar.
Memang apa yang Zul katakan itu mungkin benar: isterinya tak kisah dia berbogel dan melakonkan adegan ghairah dengan wanita lain, anaknya juga tak kisah, ibu bapa dan keluarganya juga tak kisah, tapi bukan semua orang Melayu jenis tak kisah dengan artis-artis kita spesis tak kisah tu.
Jika pun manusia Melayu yang memang terkenal hebat tu tak kisah, kita perlu ingat Allah Yang Maha Hebat kisah sangat tentang apa yang kita buat di dunia ini. Sebab itu Allah mengutuskan malaikat Raqib dan Atid untuk mencatat segala kebaikan dan keburukan kita, sebab Allah sangat kisah dengan kita. Jika suatu masa Allah sudah tak kisah lagi tentang kita, mungkin dia akan hantar Malaikat Maut pula menjemput kita menemuiNya...
sbb banyak org spesis tak kesah ni la jadi 'maksiat' pun makin banyak... dalam filem semua benda pun nak tunjuk betul-betul... ntah hape-hape... tak tunjuk kena rogol pun org boleh faham klu tunjuk pelakon tu kusut masai semua - cam adegan sheila majid kena rogol dlm cite Ali Setan... paham je... apa sangat la yg nak tunjuk betul-betul tu...
ReplyDeletehuh... makin malas dgn filem skrg ni...
kalau dia suami lady akan kucincang lumat2..
ReplyDeleteeii.. tergadai agama dan maruah..
xde kemaluan sungguh..
dia ingat dia kat hollywood kot.
ReplyDeleteha3 ....sanggup ye dia ..ingat hollywood ke ...
ReplyDelete