»

22 January 2012

Oooiii...Mati La Cepat, Bini Hang Aku Dapat!!!


Salam petang minggu buat semua pembaca blog JR

Ketika jejari JR sedang menari ni, pasti ada rakan-rakan kita yang sedang terperangkap dalam jam yang teruk. Maklumlah ramai yang nak balik kampung sempena cuti Raya Cina ni. 

Dua hari lepas  ketika dalam perjalanan pulang dari Batu Pahat, Johor ke Alor Setar, Kedah, JR mengalami hal yang sama: jam yang teruk di atas lebuh raya. Dari Batu Pahat ke Seremban, perjalanan sangat licin. Tapi bila sampai ke susur keluar Kuala Lumpur hingga ke susur keluar Rawang, kereta mula bergerak sangat perlahan...rupanya ada bas yang rosak! Ketika itu hujan mula turun, hari pula semakin gelap. 

Dalam keterbatasan pandangan kerana hujan dan kegelapapan malam, jam yang teruk menjadi semakin teruk kerana ramai pemandu yang bertindak gila. Ada pemandu kereta yang mencelah di laluan motorsikal, seperti tak faham undang-undang jalan raya bahwa laluan sebelah kiri sekali itu adalah khas untuk laluan motorsikal. Ada mat motor yang hilang sabar kedengaran memaki hamun pemandu kereta yang tak faham undang-undang tu: "oooii babi... ketepi, ketepi, ketepi!!"

Seingat JR ada lapan tempat sepanjang lebuh raya PLUS tu terjadi jam yang maha teruk kerana kemalangan dan kenderaan rosak. Dan sepanjang jam maha teruk tu perlbagai perangai pemandu maha gila boleh kita catat. Semuanya macam tak faham undang-undang: mencelah ikut hati, bila ada peluang pecut, mereka pecut gila-gila, dan macam-macam lagi. Tak sayang nyawa!!!

 http://limauais.com/wp-content/uploads/2010/10/71675_10150292247620716_803345715_15335028_6220772_n.jpg

Ketika atas lebuh raya atau jalan raya, pemandu kita dah tak peduli tentang makna papan tanda yang diletakkan di tepi jalan. Sebab tu ada seorang wartawan yang cadangkan kata-kata nasihat seperti ‘Pandu Cermat, Jiwa Selamat’, patut ditukar kepada: ‘Pandu Laju, Maut Menunggu’ bagi membuka mata dan hati  pemandu yang degil, keras kepala, angkuh, pentingkan diri, dan sekali gus bodoh itu.

Begitu juga slogan seperti ‘Biar Lambat Asal Selamat’, ‘Memandu Secara Berhemah’, ‘Hati-Hati Di Jalan Raya’, ‘Ingat Orang Tersayang’ dan lain-lain slogan lunak patut ditukar kepada slogan lain.
 
Jika slogan ‘Pandu Laju, Maut Menunggu’ belum cukup kasar, mungkin boleh guna slogan yang lebih ‘brutal’ seperti ‘Tekan Minyak Lagi, Biar Cepat Mati’.

Pada selekoh yang selalu diletakkan gambar tengkorak dengan pesanan ‘Jangan Memotong’, pun perlu ditukar. Boleh kekalkan gambar tengkorak, tetapi ubah pesanan menjadi ‘Ku Nanti Dikau Di Pintu Neraka’, atau ‘Daging & Tulang Mu Untuk Harimau Di Zoo Negara’.

Jangan lagi guna kata-kata lembut ‘Ingati Orang Tersayang Ketika Memandu’, sebaliknya guna ‘Matilah, Pasti Janda Anda Akan Dipeluk Orang Lain’, atau ‘Mati Cepat, Anak Dara Engkau Aku Dapat’, atau ‘Tiada Siapa Rugi Jika Anda Mati’.

Memanglah slogan-slogan itu kedengaran kasar, tetapi itulah slogan paling sesuai untuk pemandu Malaysia yang sangat kurang ajar itu.Biar mereka rasa seolah-olah mereka nak mati, baru mereka takut mati kot. Bila takut nak mati, baru la kot mereka pandu kereta lebih berhati-hati... 

Setuju tak??

 

7 comments:

  1. SETUJU SANGAT...SAYANG LE SIKIT NYAWA TU..BUKANNYA DIJUAL DI KEDAI..

    ReplyDelete
  2. hehe..marah bebenor..setuju sangat ler JR oii..:)

    ReplyDelete
  3. arra tolong promote entri JR..heee.jangan mare

    ReplyDelete
  4. btul2 like... orang Malaysia ni kena kata in opposite way bru nak sdar...><

    ReplyDelete
  5. Dalam ilmu psikologi, ini namanya "reverse psychology". Pegawai penyiasat polis dan SPRM kadang2 menggunakan ilmu ini utk mengorek rahsia org yg disiasat.

    ReplyDelete
  6. hehehehe... bahasa jiwa bangsa... ;p

    ReplyDelete
  7. Setuju!! Woohoooooooooooo!!! **haha jahat giler.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....