»

22 January 2012

Berita Pagi Minggu Yang Buat Aku Tak Lalu Makan


Salam pagi minggu buat semua pembaca blog JR

Pernah tak korang tak lalu makan hanya kerana mendengar berita atau membaca berita yang tak menyenangkan? Misalnya mendengar berita orang yang paling kita sayangi ditimpa kemalangan. Misalnya mendengar berita orang yang rapat dengan kita sakit kuat. Misalnya lagi mendengar orang yang kita sayangi membuat onar yang sangat memalukan kita. Tiba-tiba selepas mendengar berita itu, nafsu makan hilang, yang ada dalam kepala bagaimana hendak menemuinya dan kalau boleh membantunya.

Tapi pagi ni JR tak lalu makan hanya kerana terbaca berita kat bawah ni. Berita buruk tentang orang itu. Walaupun orang itu bukan sepupu atau sepuluh pupu dengan JR, tapi tabiat buruk yang selalu dikaitkan dengan dirinya sangat memalukan negara. Dan bila negara malu, sebagai warga negara, kita pun malu juga. 

Selalu terlintas di hati itu cuma fitnah, tapi mengapa kerap sangat orang itu  kena fitnah?

Baca berita yang buat JR tak lalu makan pagi ni tu:


Tabiat berbelanja besar seorang lagi anggota keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menarik perhatian media Australia hari ini - kali ini di Sydney.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Memetik pereka fesyen terkenal Sydney, Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar  Kapp" (Datin Seri Rosmah) telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana "sekitar dua minggu lalu".

darling hotel sydney australiaMenurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut, menginap di penthouse dengan belanja A$20,000 (RM65,100) satu malam di Hotel Darling (gambar kanan).

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia hanya untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

 (Sumber: malaysiakini)


JR: First Lady of Shopping? Hmmm...Jika benar, kesian Perdana Menteri kita...


6 comments:

  1. Ermmm...mcm cik rose komen, org banyak duit,
    Kosong atau penuh tong beras kita, tak de kene mengena dengan private life dia..

    ReplyDelete
  2. Biase la org byk duit kan. hu...hu..hu...

    ReplyDelete
  3. dh rezeki dia..biarlah..:)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....