Salam malam Isnin kepada semua pembaca blog JR.
Beberapa hari lepas JR ada buat entri mengenai pandangan seorang pakar sejarah bahwa Hang Tuah lima bersaudara tu tak pernah wujud di dunia ini. Ia cuma dongeng yang direka-reka. Banyak juga komen yang JR dapat mengenai pendapat itu yang rata-ratanya tidak yakin dengan kewujudan Hang Tuah yang kononnya popular dengan kata-kata,"Tak Melayu hilang di dunia" itu.
Tapi antara banyak-banyak komen yang JR dapat, ada satu komen yang sangat menarik hati JR. Komen oleh Mr. Anom itu antaranya menyatakan bahwa Hang Tuah bukanlah seorang pahlawan Melayu, tapi sebenarnya seorang pahlawan Jakun. Baca pandangannya:
- Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden. Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Windstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.
JR bukan pakar sejarah, oleh itu JR tak mau komen pandangan ini. Lagi pun pada JR Hang Tuah bukannya tokoh penting yang membantu mencorakkan sejarah negara ini.
Oleh itu sama ada Hang Tuah itu orang Melayu atau orang Cina (seperti satu pendapat lain) atau orang Jakun, ia tidak membawa erti apa-apa kepada orang Melayu dan negara ini. Tapi jika lima bersudara itu benar-benar wujud dalam sejarah, bagi JR, Hang Jebat yang berani melawan Sultan kerana mempertahankan hak dan kebenaran adalah lebih penting daripada Hang Tuah yang lurus bendul itu.
susah jugak sebenarnya kita nak mengkaji perkara2 yg pada masa tu kita pun belum wujud dan tak nampak dengan mata kepala kita sendiri. Tak mustahil kalau kajian2 tu tak tepat. Lagi2 orang melayu ni terkenal dengan lagenda dan kisah dongeng..memang susah nak sahihkan sejarah huhu
ReplyDeletefuh! sejarah la subek yang tak suka sekali..hmm..setuju dengan jr! hang jebat je yang berani! kan?!
ReplyDeleteApapun andaiannya.. Sejarah tetap sejarah..
ReplyDelete