Salam pagi Sabtu buat semua pembaca blog JR.
Kadang-kadang dalam hidup ini terdengar frasa-frasa tentang beberapa benda mustahil yang tak mungkin terjadi di dunia ini. Contohnya tak mungkin pelanduk dapat menewaskan gajah, tak mungkin kucing mengalahkan harimau dan tak mungkin ular telan naga.
Memang tak mungkin ular telan naga, sebab naga dah tak wujud di dunia ini. Tapi bagaimana jika ular telan buaya, mustahil tak?
Buaya adalah haiwan misteri yang menjadi "Raja" sungai. Siapa saja yang mendekati sungai tak kira binatang atau manusia sering menjadi mangsa Sang Bedal yang sangat ganas dan tangkas itu. Ular dalam air pun tak dipedulikan buaya, kerana dia tahu ular tak setanding dengan kuasanya.
Tetapi ada kalanya buaya yang begitu perkasa di air itu tumpas juga dengan ular.
Gambar di bawah ini menunjukkan seekor buaya dan seekor ular sawa Burma sedang bertarung. Menakjubkan, buaya yang badannya besar akhirnya berjaya ditelan oleh ular. Namun malangnya ular itu juga menerima padah akibat menelan sesuatu yang tidak sepadan dengan perutnya. Akibatnya, perut Sang Ular ter.......
Lihatlah sendiri kesudahannya:

Moral gambar ini ialah: ukurlah baju di badan sendiri. Jika dah tau tak boleh makan, janganlah cuba gagahkan diri....
adeiii..meremang bulu roma....errr...
ReplyDeleteUlar tu ingat lembu kot dia boleh telan mudah2...akhirnya terburai perut...
ReplyDeleteTeruknya sampai terkoyak badan ular tue....JR nak copy nak letak dalam entry cik rose ya...nanti cik rose kredit dari sini...
ReplyDeleteCik Oda: Sampai meremang? Kesian...
ReplyDeletesemutapi: Mungkin ular tu rabun, tak pakai spek..ihk..
ReplyDeleteCik Rose: OK, dipersilakan...
ReplyDelete