»

05 January 2012

Misteri Gadis Berlari Telanjang Atas Jalan


Jika suatu hari korang sedang memandu dan terlihat seorang gadis sedang berlari telanjang tanpa seurat benang apa akan korang lakukan? Buat tak kisah, kerana berfikir dia gadis terencat akal? Atau memerhatikan penuh ghairah segmen 'wayang percuma' gadis itu tanpa membuat apa-apa? Atau  berhenti dan bertanya gadis itu apa yang terjadi kepadanya sambil tangan cuba menutup bahagian-bahagian rahsia wanita yang tak perlu orang lain nampak??

http://farm2.static.flickr.com/1143/3171291163_1cce2be58c.jpg

Di Singapura, seorang gadis berusia 16 tahun mengalami saat-saat getir apabila dirinya yang hampir menjadi mangsa rogol berlari tanpa seurat benang atas jalan raya, malangnya kebanyakan pemandu enggan membantunya.
Seperti dilaporkan oleh Straits Times Singapura, gadis yang tidak disebut namanya ini diajak oleh suspek, Tan Leng Hwa (42) menuju rumah kawannya di Mandai, Singapura.

Dia memberitahu bahawa beliau mengambil dia bertemu dengan kawan-kawannya di Mandai dan memandu ke kawasan hutan Lorong Asrama off Jalan Mandai satu malam pada bulan September tahun 1996 lalu. Di dalam kereta si- gadis ditanya, mahukah dia menjadi kekasihnya.
Si gadis menolak, menyebabkan Tan berang dan mencabulnya. Cermin mata si gadis itu diambil, sehingga dia tidak boleh melihat dengan jelas.

Pakaiannya ditanggal dan suspek meraba-raba payudaranya. Tapi gadis itu berjaya meloloskan diri dan berlari tanpa pakaian ke kawasan hutan.


 
Tan Leng Hwa perogol bersiri: tua-tua keladi, makin tua makin menjadi...


Tan cuba mengejar gadis yang berlari bogel itu tapi gagal kerana suspek melarikan diri dengan laju. Gadis itu kemudian keluar ke jalan raya dan menutupi tubuh bogelnya dengan suratkhabar lama.

Dia berlari ke jalan-jalan utama dan pemandu pertama enggan menolongnya (mungkin dia ingat orang gila??). Tanpa putus asa, dia berlari pula ke pos penjaga kem tentera untuk meminta bantuan, namun pos itu kosong.

Akhirnya selepas sejam berlari telanjang atas jalan raya, dia kemudian menahan sebuah teksi. Pemandu yang baik itu memberikan pakaian kepadanya dan menghantarnya ke pejabat polis.

Tan menyerah diri diri kepada polis 16 hari kemudian dan telah didakwa di mahkamah pada bulan Mac 1997. Dia diikat jamin dua bulan kemudian dan kesempatan itu diambilnya untuk melarikan diri ke Malaysia tetapi di sana dia melakukan jenayah penculikan. Dia dan tiga rakan sejenayah dari Malaysia ditahan pada Januari 2010 dan dipenjarakan.

Tan, yang kini berusia 58 tahun, telah diekstradisikan ke Singapura pada bulan Julai.

Dia mengaku bersalah semalam atas kesalahan mencabul gadis bawah umur  dan melarikan diri dari ikat jamin. 
Sepandai-pandai monyet melompat akhirnya kena tangkap juga... 
(Sumber berita: news.asiaone.com)

5 comments:

  1. ya allah... dah tua nak mati rupernyer...

    ReplyDelete
  2. jahatnye lelaki tua tu..

    semakin ramai lahir manusia jahat skrg ni..

    ReplyDelete
  3. macam setan la org tua tuu..eee takutnyaaaaaaaa!!!

    ReplyDelete
  4. jadi orang klu begini memg susah..o

    ReplyDelete
  5. Dah jahat tu datang Malysia plak buat jenayah. Tak padan dgn tua. *saya dah folo awk.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....