»

05 January 2012

Cuba Fikir: Bolehkah Manusia Menghamili Binatang?



Salam petang Khamis buat semua pembaca blog JR.
JR tak tau bagaimana datangnya idea nak tulis entri yang tajuknya seperti separuh lucah ini. Adakah kerana hari ini hari Khamis malam Jumaat?

Beberapa minggu lepas, JR terbaca satu berita di luar negara di mana seorang remaja lelaki telah dihukum penjara kerana mengadakan hubungan seks dengan binatang. Sebelum itu pernah juga terbaca kisah seorang wanita dihukum oleh mahkamah sebuah negara Barat kerana mengadakan hubungan jenis dengan anjing. Pertuduhan kepada remaja lelaki dan wanita itu ialah mereka telah secara sengaja menyiksa binatang.

Soal yang selalu bermain di fikiran JR ialah adakah manusia boleh menghamilkan binatang akibat hubungan seks terlarang itu? Atau bolehkah wanita hamil jika dia membuat hubungan seks dengan binatang?

 http://ecx.images-amazon.com/images/I/511FME8RH0L._SL500_AA300_.jpg

Berdasarkan maklumat dari sumber  Thebrightesthub.com hubungan seks terlarang antara manusia dan binatang tak mungkin dapat melahirkan anak. Ini kerana:

Pada permukaan sperma lelaki terdapat reseptor yang boleh melengkapi reseptor di sel telur wanita sahaja. Jika reseptor di sperma lelaki tidak dapat melengkapi reseptor di sel telur wanita, maka kehamilan  tidak akan terjadi. Masalahnya ialah sperma dari manusia hanya boleh mengenali sel telur dari manusia, oleh itu hanya manusia lelaki yang dapat menghamili wanita. 

Begitu juga sebaliknya, sperma binatang tidak akan dapat menghamili manusia kerana faktor yang sama. Selain itu binatang yang berasal dari spesis berbeza seperti kucing dan anjing juga tidak dapat berkembang biak jika terjadi persetubuhan antara mereka. 

Dengan kata-kata lain, sperma  manusia hanya dapat mengenali sel telur dari manusia untuk membentuk janin, begitu juga sebaliknya sperma binatang hanya dapat mengenali sel telur binatang untuk membentuk janin binatang.
Prof Dr  Wimpie Pangkahila, Ketua Asosiasi Seksologi Indonesia (ASI), seperti yang JR baca dalam idegue-network.blogspot.com juga memberi pendapat yang sama:  seseorang manusia tidak mungkin dapat menghamili binatang.

Prof Wimpie mengatakan seseorang yang tertarik bersetubuh dengan binatang boleh diklasifikasikan sebagai mengalami penyimpangan seksual. Oleh itu jika seseorang merasa terangsang dengan binatang atau saat dihadapakan pada pilihan antara binatang atau manusia dia memilih binatang, maka orang tersebut dapat dinyatakan memiliki penyimpangan atau kelainan seks yang perlu dirujuk kepada pakar psikitrik.

Pada pandangan korang mengapa agaknya  sperma dari manusia hanya dapat mengenali sel telur  manusia dan bukannya sel telur binatang? Mengapa agaknya Allah menjadikan manusia tak dapat menghamili binatang dan sebaliknya? 

Bayangkan jika manusia dapat menghamili binatang atau binatang dapat menghamili manusia, akan lahirkan manusia serigala, manusia harimau, manusia unta, manusia zirafah, manusia ayam, manusia lembu, manusia kambing, manusia labah-labah (spiderman), keluang man dan sebagainya. Pasti dunia akan bertambah gila jika ini terjadi!!!

Maha Suci Allah yang mencipta sesuatu dengan segala kebijaksanannNya...


2 comments:

  1. salam..

    dari segi sains.. memang tidak boleh.. sebab dari spesis berbeza..

    dalam Islam kalau x silap lady andai manusia melakukan persetubuhan dengan binatang, binatang itu perlu dibunuh..

    Pada pendapat lady yang cetek ilmu sains ni.. lady rs kemungkinan besar adalah untuk mengelakkan penyebaran penyakit hasil daripada mutasi yang berlaku akibat drp bakteria yang berada dalam organ kelamin manusia dan organ kelamin binatang..

    kerana ia akan menghasilakn bakteria yang rintang.. kuat.. dan andai menular di kalangan manusia amat sukar tuk mengubatinya..

    Allahua'lam..

    ReplyDelete
  2. Lady: info yg menakutkan..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....