»

09 January 2012

Anwar Ibrahim Bebas: Tiga Butir Bom Meletup Di Luar Mahkamah


Mahkamah dah buat keputusan bebas tu, bebaslah...yang masih nak letup buuummmm...buuummm...bummmm... buat apa? Raya Cina dua minggu lagi la bro...

Baca selanjutnya:

 Tiga Letupan Mercun Yang Disangka "Bom" Cemaskan Orang Ramai

Seorang lelaki dalam lingkungan 40-an cedera dalam satu insiden letupan yang dipercayai mercun di kawasan letak motosikal berhampiran pencawang elektrik TNB behampiran dengan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, Isnin sejurus selepas selesainya kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Ribuan penyokong Anwar bersesak-sesak di luar mahkamah

Selepas letupan itu satu lagi bunyi letupan berlaku kira-kira pukul 10.45 pagi. 

Lelaki yang cedera itu dipercayai seorang peniaga minuman di kompleks kerajaan di sini. Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di perut dan tangan. Mercun itu dipercayai diletakkan di bawah kon polis di tepi jalan utama.

Sementara itu, letupan pertama yang berlaku pada pukul 10.15 pagi turut menyebabkan seorang peguam cedera.

Letupan ketiga pula berlaku pada pukul 10.55 pagi tetapi lokasinya tidak dapat dikenalpasti.

Para penyokong dan petugas media diarahkan meninggalkan kawasan berkenaan bagi membolehkan pihak polis menyiasat apa yang sebenarnya berlaku.

(Sumber: mstar online)
 

5 comments:

  1. politik..tak suka..hot! hehe

    ReplyDelete
  2. ada yang kata bom..ada yang kata mercun..mana satu entah..

    ReplyDelete
  3. Mungkin bagi manusia tak bertamadun tu tak dpt sumbat Anwar ke penjara dpt bom penyokong2 nya pun jadilah...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....