»

03 January 2012

Seronoknya Tengok Orang Tua-Tua Merajuk...


Lucu sungguh dengan perangai sesetengah orang tu. Mula-mula nampak tegas dengan rajukannya. Rupa-rupanya ia dalam kategori merajuk yang mahu dipujuk. Test market!! Lepas dipujuk, cairlah hati, hilanglah rajukan. 

 

Begitulah juga dengan  Chef Wan yang mula-mula nampak merajuk sakan dan dengan tegas mengumumkan ingin menutup Face Booknya. Tapi akhirnya baru tiga hari, akhirnya chef selebrati itu mengumumkan dia telah membatalkan hasrat untuk menutup akaun FB nya dengan alasan "tidak dibenarkan oleh peminat-peminatnya".

"Saya berkorban untuk semua peminat yang mahu saya terus aktif di sini (FB) dan keputusan ini dibuat kerana tidak sampai hati hendak menghampakan mereka dan saya sayangkan semua peminat saya," kata Chef Wan  dalam entri terbaru dalam FBnya, "Apabila difikirkan kembali saya tidak perlu melayan golongan yang cuba memburuk-burukkan saya di Facebook kerana apa yang penting masih ramai peminat yang sentiasa berdiri di belakang saya,"

Seronok juga tengok orang tua-tua merajuk. Siapa yang ada ibu, ayah, atuk atau nenek yang berusia 50 tahun ke atas pasti pernah mengalami pengalaman rajuk style orang tua-tua tu. Mereka bukan benar-benar merajuk, tapi cuma rajuk untuk test market. Jika kita melayan rajukan mereka, lambat laun akan hilanglah rajukan itu. Tapi jika kita tak peduli, rajukan itu akan menjadi-jadi....


3 comments:

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....