»

16 January 2012

Lelaki Badan Macho Dan Suara Jantan Lemah Seks??


Salam malam Selasa buat semua pembaca blog JR.

Malam ni sebelum tidur, JR nak tamatkan entri ni dengan persoalan mengenai hubungan lelaki dan wanita. 

Lelaki biasanya tertarik dengan wanita yang berwajah ayu dan bertubuh ramping. Tapi bagaimana dengan wanita?

Dalam memilih lelaki, ramai wanita yang dikatakan meminati lelaki berwajah macho yang antaranya memiliki ciri-ciri:

i) Berbadan tegap dan kalau perlu bertubuh seperti ahli bina badan

ii) Bersuara jantan dan garau.

http://s1.static.gotsmile.net/images/2011/08/22/photo-fail-macho-flex-grandma_13140105044.jpg

Tapi mengikut pakar sexologi, Dr Ismail Thambi, individu yang berbadan tegap dan gemar bersenam secara mengangkat besi boleh menyebabkan otot dan buah dadanya membesar, manakala zakar mereka pula mengecut dan kecil, menjadikannya kurang mantap ketika beraksi di atas ranjang.

Kajian oleh Universiti Western Australia pula mendapati bahawa lelaki yang bersuara garau cenderung memiliki kualiti sperma yang rendah. Penemuan tersebut menyatakan ramai wanita yang menyukai lelaki bersuara garau kerana menganggapnya sebagai ciri kelelakian, namun lelaki jenis ini sebenarnya mempunyai kualiti sperma yang rendah. Kandungan hormon testosteron yang lebih tinggi di kalangan lelaki bersuara garau   menyebabkan penghasilan spermanya terganggu yang seterusnya mempengaruhi tahap kesuburan lelaki berkenaan.

Dengan kata-kata lain seseorang wanita yang berkahwin dengan lelaki macho yang berbadan tegap dengan otot-otot pejal dan berketul serta  bersuara garau berkemungkinan menghadapi risiko tidak puas seks dan sukar mendapat anak.

Apa pun bagi lelaki macho di luar sana jangan berkecil hati. Anggaplah apa yang dikatakan oleh pakar sexologi itu sebagai tidak tepat....

4 comments:

  1. yg pasal org berbadan sasa tapi anu nye kecut..2 mmng btol pon...huuuhuhhu

    ReplyDelete
  2. mana bole 'anggap tak tepat'... dah mmg fakta kan? pakar yg sebut... kena la terima hakikat... klu tak suke kena ubah la diri jadi lelaki normal yg biasa-biasa je... tak yah 'over macho'... ;p

    ReplyDelete
  3. x suke lelaki yg nampak ketul2 tu.. xtampan pun nampak.. keras

    ReplyDelete
  4. Work from Home. Earn $2000/month. No Investment. Part Time, 1-2h/day. http://www.earnparttimejobs.com/index.php?id=5050233

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....