Salam pagi Rabu buat semua pembaca blog JR.
Korang pernah berbekam? Kerana majoriti pengikut blog ini adalah wanita, pasti jawapannya tidak. Betul kan, korang tak pernah berbekam? Bukan kerana wanita tak suka berbekam, tapi jarang wanita yang merawat dirinya dengan kaedah berbekam.
Berbekam sebenarnya adalah satu kaedah rawatan yang baik, apa lagi ia adalah kaedah yang diamalkan oleh Rasulallah sejak lebih 1,000 tahun dulu.
Tapi satu berita buruk mengenai berbekam ialah jika tak berhati-hati berbekam boleh menyebabkan darah pesakit dijangkiti HIV dan AIDS yang belum ada penawarnya itu. Kerana nak berubat (berbekam), akhirnya hari-hari kena makan ubat (AIDS), bahaya!!!
Oleh itu sesiapa yang nak berbekam dinasihatkan agar lebih berhati-hati menggunakan khidmat bekam pengamal perubatan alternatif bagi mengelak risiko penyakit berjangkit. Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail berkata, peralatan seperti jarum yang digunakan dalam rawatan tersebut boleh mengundang jangkitan pelbagai penyakit berbahaya.
Ini kerana peralatan yang digunakan oleh pembekam tidak diketahui tahap kebersihannya malah ada yang menggunakan jarum sama berulang kali.
"Di mana-mana sahaja ada perkhidmatan berbekam pada masa sekarang tetapi kita harus bijak memilih, kerana jarum, pisau atau cawan yang digunakan apabila terkena darah pembawa pelbagai penyakit dan jika ia digunakan semula, penyakit itu boleh tersebar kepada orang lain. Saya harap pengamal perubatan alternatif ini supaya lebih bertanggungjawab dan memastikan peralatan yang digunakan benar-benar bersih supaya penyakit tidak disebarkan kepada orang lain," kata Prof Dr Ab. Aziz seperti yang tersiar dalam Kosmo.
Prof Dr Ab. Aziz kini mengetuai lima pakar daripada universiti tersebut yang sedang menjalankan kajian secara saintifik mengenai kebaikan berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Bahaya ni...
ReplyDeletetakut pulok baca..
ReplyDeletememang tak pernah berbekam pun..
tapi teringin juga nak buat..
lady pernah berbekam.. gara2 terjumpa hadis yg menyatakan sekurang2nya sekali seumur hidup.. menggigil2 lady time berbekam tu.. otot2 lady nmpk gigil.. pglmn pertama.. dan mungkin terakhir.. tp x sakit pun.. cume midset jer yg bermasalah..
ReplyDelete