Memang dalam dunia ni ramai manusia yang keras kepala. Manusia yang keras kepala ni tak akan patuh kepada undang-undang walau sekeras mana pun undang-undang itu. Sebab itulah jenayah berleluasa, kerana mereka si-keras kepala ni tak takut dihukum, termasuk hukuman mati. Begitulah spesis manusia keras kepala, tak takut kepada sesiapa pun, mati pun mereka tak kisah.
Di Indonesia, sebahagian rakyatnya yang keras kepala suka memanjat bumbung kereta api, dapat naik keretapi free...Kerajaaan sudah buat macam-macam peraturan untuk menghalang mereka panjat bumbung keretapi, tapi mereka tak peduli.
Pihak berkuasa Indonesia sebelum ini mencuba pelbagai kaedah unik termasuk menyembur dengan cat merah dan menggunakan anjing garang untuk menghalang penumpang daripada berada di atas bumbung kereta api, tapi si-keras kepala ni tak peduli. Kereta api dipasang dawai berduri pun mereka masih boleh panjat.
Terbaru, pemerintah Indonesia menggantungkan bebola-bebola konkrit sebesar buah limau gedang pada palang-palang besi yang didirikan di sepanjang laluan kereta api. Jarak bebola besi tersebut daripada bumbung kereta api cuma beberapa sentimeter. Pihak berkuasa berharap bebola berkenaan yang boleh mendatangkan kecederaan serius jika terkena kepala manusia, akan dapat mencegah orang ramai daripada menaiki bumbung kereta api.
Cara terbaik kerajaan Indonesia mengajar rakyatnya yang degil...kalau kena, pecah kepala!!
"Kami mencuba apa sahaja cara sebelum ini termasuk meletakkan kawat berduri di atas bumbung kereta api tetapi tiada apa yang berkesan," kata jurucakap syarikat kereta api api milik pemerintah, Mateta Rizahulhaq.
Menurut Mateta, palang bebola konkrit pertama dipasang hanya beberapa meter daripada stesen kereta api di pinggir bandar raya ini dan jika berjaya, projek tersebut akan diperluas ke seluruh Indonesia.
Nah itu caranya mengajar rakyat yang keras kepala dengan memecahkan kepala mereka!! Sekarang rakyat Indonesia yang masih suka memanjat bumbung kereta api mempunyai dua pilihan: terus keras kepala dengan risiko pecah kepala atau bayar tambang dan duduk dengan tertib dalam gerabak. Pilihlah!!
Bagus gak kan...
ReplyDeleteSangat kejam....huuu...
ReplyDeletehahaha amek kau. Kepala batu sgt kan. Ni kasi batU lawan kpala batu.
ReplyDeletebuku bertemu dgn ruas.. ye dak?
ReplyDeletedia orang ni tak cukup kesedaran dan kurang pendidikan lagi ya..
ReplyDeletedekat negara kita tak ada pun sampai jadi macam ni..
ini menunjukkan org indonesia ni dahsyat giler.. sgt2 teruk..
ReplyDeletetp kan.. kemungkinan mrk xde duit tuk byr tambh keretapi.. kesiannye.. huhuhuhu..
bapak gans indon ni....
ReplyDeletehuhu. punya xmau bayaq.. uhuhu... adoi.. mahal sgt kot..
ReplyDelete