Salam petang Isnin buat semua pembaca blog JR.
JR terlewat sikit bersiaran hari ini, kerana sibuk dengan beberapa urusan persekolahan anak. Apa yang JR nak kongsi dengan korang di bawah ni sebenarnya isu yang patut disentuh pagi tadi. Kira apa yang korang baca dalam entri JR nanti dah jadi nasi basilah. Tapi bagi yang belum menjamahnya, nasi pagi tadi tu bukan nasi basi...
Seminggu yang lalu di dalam blog ni JR ada tulis mengenai kisah hantu Kak Limah balik Terengganu. Ia mengenai satu keluarga di Marang yang sering terserempak lembaga wanita tua bertongkat berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik yang merayau-rayau sekitar kawasan rumah keluarga itu.
Tapi semalam keluarga di Marang Terengganu itu menerima berita baik: gangguan hantu menyerupai Kak Limah itu telah berakhir!! Terima kasih kepada Ustaz Nor Hasrul Mohd Hassan dari Perubatan Syifa Al Ikhlas yang berpangkalan di Serendah, Selangor yang telah berjaya menangkap hantu Kak Limah dan rakan-rakan sespesis dengannya dengan memasukkan jin-jin itu ke dalam empat botol plastik.
Wartawan Sinar Harian yang mengikuti upacara menangkap hantu Kak Limah menceritakan perjalanan mereka menuju ke rumah yang diganggu lembaga hantu itu amat mencabar. Mereka terpaksa meredah selut berlumpur selain situasi gelap yang amat menyeramkan sebelum tiba ke rumah tersebut. Tiba di sana wartawan tersebut dikejutkan dengan situasi tegang melibatkan adik Syaawal, Mat Ali, 15, yang secara tiba-tiba menangis, tidak sedarkan diri dipercayai akibat dirasuk.
Selang beberapa minit kemudian, tatkala ahli keluarga sedang menenteramkan Mat Ali, kakaknya, Masliana, 31, tiba-tiba dikatakan terpandang lembaga berambut panjang duduk di alang rumah dan dia juga turut dirasuk.
Bacaan ayat al-Quran selain azan akhirnya berjaya membuat jin yang menguasai rumah itu terperangkap. Masliana pulih apabila jin terbabit berjaya dikurung di dalam botol oleh Ustaz Hasrul. Jin yang merasuk ke dalam tubuh Mat Ali juga akhirnya berjaya dikeluarkan selepas hampir setengah jam berhempas pulas dan ia turut dimasukkan ke dalam botol plastik.

Ustaz Hasrul kemudian menepung tawar katil pusaka dipercayai menjadi punca segala kemelut yang berlaku.
Proses rawatan yang cuma menggunakan air penawar itu bermula jam 9.00 dan berakhir kira-kira jam 11.15 malam, sebelum penduduk kampung bersurai setelah kesemuanya berpuas hati dengan kejayaan rawatan diberikan.
Sekali lagi terima kasih kepada Ustaz Hasrul yang membantu mengusir makhluk halus yang mengganggu keluarga Syaawal tanpa dikenakan bayaran satu sen pun....
Maha suci Allah yang mencipta, menghidup dan mematikan jin dan manusia. Apa yang penting kepada kita manusia yang lemah ini ialah jangan berputus asa dan jangan lupakan Alllah dalam keadaan apa sekali pun.
Dengan tertangkapnya empat jin spesis Kak Limah itu, berakhirlah sudah episod hantu Kak Limah balik Terengganu...
haishhh...seram betui...nsb baik la cik oda xde kebolehan tgk hantu huhu
ReplyDeletemasuk dlm botol plastik je...
ReplyDelete