Salam pagi Ahad buat semua pembaca blog JR. Jika ada kalangan korang yang beragama Kristian, JR ucapkan selamat menyambut hari Natal.
Pagi ini JR tersentap dengan satu berita benar lagi seram: hantu Kak Limah ditemui di Marang, Terengganu. Hantu ini bukan hantu rekaan Mamat Khalid, tapi mengikut cerita, ia benar-benar hantu yang selalu mengganggu sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, Marang. Malah salah seorang anggota keluarga yang sering diganggu sempat mengambil gambar hantu itu. Tengok ni:
Lembaga wanita tua bertongkat yang dilihat tu berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah keluarga itu.
Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh sebelum menghilangkan diri.
Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas Mazlan membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya. Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.
“Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam, apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan ini,” katanya seperti yang boleh korang baca di muka depan Sinar Harian Edisi Utara hari ini..
Korang percaya tak dengan cerita hantu ni?
“Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam, apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan ini,” katanya seperti yang boleh korang baca di muka depan Sinar Harian Edisi Utara hari ini..
Korang percaya tak dengan cerita hantu ni?
Mana ada hantu di dunia ni, yang ada ialah jin dan spesis yang sejenis dengannya: syaitan dan iblis.
Bagi mereka yang diganggu jin mereka perlu memperbanyakkan amal ibadat termasuk membaca beberapa surah tertentu di dalam al-Quran yang begitu mujarab dalam menghalau jin. Di pasaran sekarang pun dah banyak buku mengenai gangguan jin, bukan mahal sangat pun, biasanya tak sampai RM20. Atau jika tak yakin dengan diri sendiri, boleh hubungi pusat rukyah terdekat.
Dan bagi korang yang ada ilmu perubatan Islam dan mahu menambah pahala, korang boleh hubungi keluarga malang ini di talian 014-8120040 (Mohd Syawal) dan 013-9488025.
ni betol2 ke cobaan ni! muahahahaha
ReplyDeletesusah sikit nak percaya hantu pada zaman ni hehe
ReplyDeletehantu sekarang dah moden hihihi
ReplyDeletemrg?cik org ganu..mgkin jin kot..syaitan ke..syaitan mmg suke mmudaratkan mnusia..bnyk2 la berdoa dieorg spy x kena gnggu lg..
ReplyDeletehantu kak limah ae..hehe
ReplyDeletehantu mana hantu,ada hantu.mana2??
ReplyDelete#allah kan ada..
papan ada penunggu ke gitu?...
ReplyDeletehihihi... bagus gak klu ada nnt bila dah jadi rumah pencuri takut nak masuk - ada 'guard'... ;p
Buat2 tak tahu..jer...sambil Tahlil dan solat hajat...lari la tu..
ReplyDeleteBuat2 tak tahu..jer...sambil Tahlil dan solat hajat...lari la tu..
ReplyDelete