Ini pasti berita yang meresahkan penduduk-penduduk utara tanah air dan pantai timur. Berita yang menyebabkan malam ini kita tak boleh tidur nyenyak jika ramalan itu menjadi kenyataan.
Mengikut berita terbaru dari Jabatan Meteorologi Malaysia beberapa kawasan rendah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis berisiko mengalami banjir berikutan ramalan hujan lebat yang akan berterusan dari pagi tadi sehingga malam ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia kawasan yang diramalkan terlibat di Kelantan ialah daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli manakala di Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu.
Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pendang, Yan, Sik dan Langkawi, manakala di Perlis melibatkan kawasan Padang Besar, Kangar dan Arau.
JR tinggal di kawasan Kota Setar dan memang dari pagi tadi hujan turun tak berhenti-henti hingga tengahari. Syukurlah kini hujan telah berhenti. Tapi langit agak mendung menandakan segalanya boleh terjadi.
Semoga ramalan Jabatan Meteorologi itu tak jadi kenyataan. Semoga Allah melindungi hambaNya selalu dari bencana.
Bagi mereka yang pernah terlibat dalam banjir besar baru-baru ini, melihat pokok hujan pun boleh membangkitkan trauma...
alamak.camne nak balik kg neh?hehe
ReplyDeleteSetiu tempat Cik Rose tue...Tapi sekrg Cik rose duk kat Selangor
ReplyDeletebanjir lagi le tu... bebudak dh nak sekolah .. main hujan le jwbnya...
ReplyDeletealahai ...musim banjir skang ni..tmpt cik oda yg tak pernah2 banjir pun kena banjir kilat last month
ReplyDelete