Kena denda hingga RM120,000 dan hilang kerja cuma gara-gara mempunyai dua orang anak?
Salahkah mempunyai dua orang anak? Kalau seorang, tiga orang atau empat orang anak tak salah pula ke??
Sebenarnya hukuman berat kerana mempunyai dua orang anak itu bukannya berlaku di Malaysia. Di Malaysia, kita bebas memilki berapa orang anak, seorang boleh atau sebelas orang anak seperti ibu dan ayah JR pun tak ada siapa yang nak larang. Selagi subur, boleh beranak sebanyak mungkin!!
Hukuman berat kerana memiliki lebih dari seorang anak itu sebenarnya berlaku di negara China. Negara yang mempunyai penduduk seramai 1.3 bilion itu cuma membenarkan setiap keluarga memilki seorang anak saja. Polisi itu dilaksanakan bagi mengelakkan penduduknya menghadapi masalah ekonomi termasuk kebuluran akibat penduduk yang terlalu ramai.
Akibat polisi itu, setiap anak di China tidak mempunyai adik beradik - mereka tidak mempunyai abang, kakak dan adik. Mereka juga tidak mempunyai bapa saudara dan ibu saudara serta sepupu kerana ibu bapa mereka juga merupakan anak tunggal dalam keluarga masing-masing. Keluarga yang ada bagi mereka cuma ayah, ibu, datuk dan nenek. Jika ayah, ibu, datuk dan nenek sudah pergi, mereka tiada saudara mara lagi. Kesian kan??
Selain dikenakan denda yang tinggi jika mempunyai anak lebih dari seorang, ibu bapa di China juga boleh dikenakan hukuman berat lain termasuk:
i) Perlu membayar yuran pampasan sosial. Pampasan itu boleh mencecah di antara empat hingga sembilan kali pendapatan tahunan keluarga, bergantung kepada wilayah dan pilihan biro perancang keluarga di sesebuah kawasan.
ii) Anak kedua dinafikan hak mendapat pendidikan dan perkhidmtan kesihatan percuma. Hanya anak pertama yang mendapat kemudahan pendidikan dan kesihatan percuma.
iii) Anak kedua juga perlu membayar yuran pendaftaran persekolahan yang tinggi iaitu sebanyak tiga kali ganda dari anak pertama.
iv) Ibu bapa yang mempunyai lebih daripada seorang anak juga sentiasa diugut Kerajaan untuk dimalukan kerana menderhaka kepada negara.
Memang betul kata orang tua-tua, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik negara sendiri.....
Diana: Bukan tak galakkan perkahwinan, tak galakkan anak ramai...
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletesaya ada ofismate orang china mali..pernah tanya dia, tak sunyi ke jadik anak tunggal. Dia kata takde, sebab semua kawan2 dia pon anak tunggal gak. So semua senasib..