Sebenarnya entri ni JR nak hantar malam tadi. Tapi tiba-tiba brokband ni betul-betul macam beruk kena belacan, melompat-lompat sekejap ada sekejap tak ada. Sakit hati sangat. Kerana merajuk, terus tutup. Tengok TV lagi best.
Justru (guna Bahasa Indonesia sikit)..pagi ni baru boleh publish post.
Semalam (orang Utara kata kelmarin), seharian JR dan isteri di Penang. Kami bertolak dari Alor Setar ke Penang waktu tengahari, malam baru tiba balik di Alor Setar.
JR sebenarnya ke Hospital Penang kerana menziarahi ipar yang sakit. Kesian juga lihat wajah ipar yang dulu segar bugar tiba-tiba kelihatan lemah dan badannya bengkak-bengkak oleh penyakit yang hingga kini belum diketahui puncanya. Ada desas desus menyatakan kanser, takutnya...Waktu lawatan pula sempena cuti raya Cina dipanjangkan dari 12.30 tengahari - 7.30 malam, jadi lamalah juga JR bersama ipar. Memberinya semangat, cuba menceriakan dirinya yang nampak tak berapa ceria itu.
Lepas di hospital, isteri ajak ke Bazaar Penang dan Pasar Chowrastra di Penang Road. Hmmm...dah lama betul tak ke sana. Dulu masa kerja kat Komtar, memang kerap makan nasi kandar sekitar situ.
Kerana perut lapar, sebelum beli barang, isteri ajak makan dulu. Lalu kami pun pergi makan di:
Haa..gerai Nasi Kandar Line Clear...Memang ramai betul pelanggan di situ. Beratur panjang untuk tiba di depan mamak penjual nasi yang sangat ramah itu. Makanannya memang best...hingga menjilat jari!!
Eiiii mamak, kuah taruh lebih sikit noooo??
Ini sebenarnya bukan kunjungan kali pertama JR ke Nasi Kandar Line Clear. Entah yang ke berapa kali dah tak ingat. Memang JR suka sangat dengan taste nasi kandar yang benar-benr asli di gerai tu. Berbeza sangat dengan rasa nasi kandar di Alor Setar mau pun KL yang nampak tak seasli tempat ianya berasal (Penang).
Bagi yang nak ke sana, Nasi Kandar Line Clear ni terletak di seberang jalan Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang di Penang Road tu. Tak jauh dari Pasar Chowrastra. Dengan Komtar pun boleh jalan kaki jer..Ewah, tolong promote untuk mamak pula....jika mai Penang lagi, JR nak tunjukkan entri ni kat gerai tu, untung-untung dapat makan free...huhuhu...
Nana... kuah campur suma aarr...
ReplyDeletepernah dengar pasal gerai nasi kandar tu..masuk dalam Tv kan? hehe
ReplyDeletearra suka gak mam nasi kandar..karinya..fuh! hebatttt..haha