Salam malam minggu buat semua pembaca blog JR.
Ini ada satu berita yang pasti dinanti-nanti oleh kaum lelaki kat Malaysia. Itu pun jika ada penyanyi wanita kita sebaik dan sepemurah penyanyi Jennifer Lopez.
Apa yang baiknya tentang penyanyi dan pelakon Jennifer Lopez itu ialah dia sanggup bayar elaun kepada lelaki yang sanggup menjadi kekasihnya. 'Elaun kekasih'lah namanya tu kot. Jumlah elaun yang dibayar kepada lelaki yang sudi menjad kekasihnya tu bukan sikit - seminggu RM31,000 atau sebulan lebih dari RM120,000, lumayan!! Pasti seronok kekasihnya yang juga merupakan penari bernama Casper Smart tu dapat wang sebanyak itu hanya untuk menjadi seorang kekasih.
Jennifer yang berusia 42 tahun itu dikatakan mula menjalin hubungan dengan Smart, 24 tahun, selang beberapa minggu selepas bercerai dengan suaminya Marc Anthony pada Julai tahun lalu.
Ooo, patut la elaun sebagai kekasih tu bukan main mahal, Jennifer dah berusia 42, kekasihnya baru 24...kes bela anak ikan la nie!!
Jennifer Lopez
“Jennifer tidak suka untuk menggunakan kad kreditnya setiap kali mereka keluar makan malam bersama. Dia berpendapat adalah lebih mudah apabila dia memberikan Casper gaji mingguan dan merasakan USD$10,000 (RM31,000) adalah jumlah yang munasabah. Jen tidak mahu terlalu memanjakan kekasihnya itu dengan wang yang banyak.Namun, dia juga berharap Casper tidak teragak-agak untuk membelanjakan wang tersebut denga n bijak seperti membelikan hadiah untuk anak-anaknya atau mengaturkan percutian mengejut pada hujung minggu,” kata satu sumber yang dipetik dari showbizspy.com.
RM31,000 seminggu dia kata tak banyak? Adoooiii..banyaknya duit Jennifer tu kan?
Ada ke artis-artis wanita di Malaysia yang nak meniru perangai pemurah Jennifer Lopez tu? Kalau ada yang sanggup bayar hingga RM31,000 seminggu pasti banyak anak ikan yang yang beratur memohon pekerjaan sebagai kekasih kepada penyanyi itu....huhuhu..
uwaaaaaaaaaaaaaa..pakcik kayo!..hahaha dah tua betui JLo ni upenye..
ReplyDeleteberuntungnya
ReplyDeleteuntung tapi....ikut suka diorang la..
ReplyDelete