Untungnya aku jadi lelaki. Aku tak putus haid, kerana sejak kecil aku tak pernah datang haid. Sebagai lelaki aku sentiasa subur. Aku cuma tak subur bila mayatku di bawa ke kubur!
JR pernah dengar ada orang kata lelaki akan terus bernafsu dan nafsunya cuma akan mati bila nadinya tak berdenyut lagi. Tapi benarkah begitu? Mungkin ada kebenarannya. Tak percaya lihat aktor ini:
Aktor veteran Robert De Niro telah menimang seorang cahaya mata perempuan kelmarin (Jumaat) pada usia 68 tahun. Laman Aceshowbiz melaporkan, Robert dan isterinya, Grace Hightower memberitahu bayi yang diberi nama Helen Grace itu selamat dilahirkan dengan berat kira-kira 4 kg..
Robert de Niro
Robert dan Grace telah berkahwin selama 14 tahun dan mempunyi seorang lagi anak, Elliot 13 tahun.
Bagi mereka yang bergelar lelaki janganlah sombong kerana korang lelaki. Janganlah sombong kerana korang mampu beristeri 2,3 atau 4. Janganlah sombong kerana pada usia hampir 70 tahun masih mampu menjana anak. Kerana jika Allah menjemput korang menemuinya, korang akan pergi tak kira usia. Tak perlu tunggu usia 100, 90, 80 atau 70 tahun, usia 15 tahun pun jika Allah kata pergi, maka pergilah korang.
Memang korang untung jadi lelaki, tapi korang lebih beruntung jika jadi lelaki beriman....
setuju dengan ayat last tu..:)
ReplyDeletesuke ayt ni 'Memang korang untung jadi lelaki, tapi korang lebih beruntung jika jadi lelaki beriman.....'
ReplyDeleteneway,zuriat kn rzeki dr Allah..kalo tue sklipun dh Allah nk bg..kite trime dgn pnuh syukur^^
Betul ! rezeki tu ade, cepat atau lambat je Tuhan nak bagii :)
ReplyDelete