»

26 December 2011

Malaikat Maut Suka Cabut Nyawa Orang Pada Pagi Isnin

Salam pagi Isnin buat semua pembaca blog JR,

Apa kabar semua? Pasti semuanya sihat kan? Kalau tak sihat tak kan lah ada ruang untuk korang membaca blog comot ni kan? Jika sihat, alhamdulillah. Alhamdulillah kerana pagi ini Allah masih memberi satu hari lagi untuk kita menyedut oksigen ciptaanNya.

Ketika  meninggalkan  rumah pagi tadi, JR melalui jalan yang kebetulan ada tiga kematian di dalam rumah berbeza yang dilalui. Innalillahhiwainnailaihirajiun....

Ramainya kematian hari ini, bisik hati JR.

Tiba-tiba JR teringat satu artikel yang menyatakan banyak kematian berlaku pada pagi Isnin. Mengapa? 

Mengikut penyelidikan sekumpulan pakar dari Universiti Harvard, risiko serangan jantung meningkat 40% pada waktu pagi. Ini kerana bila bangun tidur tubuh membebaskan adrenalin dan lain-lain hormon stress yang menyebabkan tekanan darah meningkat dan lebihan permintaan terhadap oksigen. Darah kita juga pekat pada waktu pagi yang sangat membebankan jantung. Oleh itu sedikit pergerakan mengejut saja boleh menyebabkan jantung terhenti. Bahaya kan?

http://www.islam.gov.my/cms/upload//kursus%20jenazah%202006%20(12).jpg

Hasil kajian juga menunjukkan 20% daripada serangan jantung berlaku pada hari Isnin. Mengapa hari Isnin? Ini kerana hari Isnin adalah hari pertama bekerja (jika di Kedah, Kelantan dan Terengganu hari Ahad), dan ramai yang berasa kurang selesa, stress dan murung  untuk kembali bekerja pada hari itu. Sebab tu agaknya juga ramai yang MC pada hari Isnin bagi negeri-negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad?

Bagaimana nak mengekalkan korang sentiasa ceria pada pagi Isnin dan seterusnya mengelakkan jantung korang mengalami tekanan pada pagi hari? Caranya mudah: tidur awal pada malam Isnin dan bangun awal keesokannya (pagi Isnin). Cuba juga bangun perlahan-lahan setiap hari, jangan bangun mengejut dan bergerak perlahan-lahan ke bilik air. Segalanya mulakan dengan perlahan supaya jantung berpeluang mendapat rentaknya semula...

Dan malaikat maut suka cabut nyawa orang pada pagi Isnin? Tak semestinya!! Bila Allah memerintahkan Izrael datang mengambil nyawa, ia tak mengira pagi atau petang, Isnin atau Selasa. Bila banyak kematian berlaku pada pagi Isnin ia adalah secara kebetulan kerana faktor kecuaian manusia..

3 comments:

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....