»

01 December 2011

Tips Awet Muda Paling Murah...Jom Cuba!!



Salam malam Jumaat untuk semua pembaca blog JR.Harap semuanya sihat-sihat, terutama yang dah kahwin kerana malam Jumaat adalah malam penuh pengertian...

Sempena malam Jumaat penuh berkat ni, JR nak berkongsi cerita mengenai satu petua awet muda yang sungguh mudah. Modalnya tak sampai RM10 sebulan, korang kekal kelihatan muda berpanjangan!!

Bahan utama untuk awet muda ni ialah gula perang (di utara dipanggil gula merah), minyak zaitun dan buah pala. Mengikut saintis bahan semulajadi dalam gula perang berupaya menanggalkan sel mati pada wajah dan dengan itu mewujudkan kulit yang lebih sihat. 

Cara membuatnya mudah: kisar setengah cawan gula perang dalam pengisar kopi untuk menjadikannya lebih halus (jika ingin menggunakannya pada tubuh tidak perlu dikisar). Kemudian tambahkan 3 sudu minyak zaitun untuk memberikan lebih lembapan. Kemudian campurkan secubit serbuk buah pala dan gaul hingga ia menjadi seperti pes. Lepas tu basahkan wajah, kemudian sapukan dalam pergerakan membulat antara 1-2 minit sebelum mencuci sekali lagi wajah dengan air suam. Gunakan sebanyak 2 kali seminggu untuk wajah yang kelihatan segar dan menarik semulajadi.

Bagi yang dah kahwin, tentu pasangan korang akan lebih menyayangi melihat wajah segar dan awet muda pasangannya. Bagi yang belum kahwin juga boleh amalkannya,  asalkan jangan boy fren atau gurl fren korang cemburu sudahlah...

(Sumber info: iSihat Nov)

5 comments:

  1. oh macam tu, terima kasih =D

    ReplyDelete
  2. aku shared kat wall webteam ya bro..

    nice tips...

    ReplyDelete
  3. SBS: Amalkanlah selalu...

    ReplyDelete
  4. Saya Bukan Samdol & Semutapi: Sekadar berkongsi info.

    ReplyDelete
  5. saveqmm: ok, terima kasih...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....