»

01 December 2011

Isu DNA Babi: Penjelasan Pengurusan Ramly Burger


Syukur alhamdulillah, akhirnya penjelasan yang JR tunggu-tunggu selepas terbitnya entri  dalam blog JR "DNA Babi Ditemui Dalam Ramly Burger"  datang jua. Datangnya penjelasan itu pun agak cepat: tak sampai sejam selepas entri tu JR published, JR terima komen berikut daripada seorang anom yang menyatakan dia adalah Siti Hayu Binti Dato’ Haji Ramly, Pengurus Kanan Pemasaran Ramly Mokni Sdn Bhd. 

Penjelasan mengenai isu DNA babi daripada Pengurusan Ramly Burger itu adalah seperti berikut:- 


Perkara di atas adalah dirujuk.

Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pengilangan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh JAKIM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan lain-lain jabatan yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal.

Kami telah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab menabur fitnah ini. Oleh kerana perkara ini dalam siasatan polis dan tindakan undang-undang oleh peguam, maka kami tidak boleh memberi komen atau keterangan lanjut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Siti Hayu Binti Dato’ Haji Ramly
Pengurus Kanan
Pemasaran Ramly Mokni Sdn Bhd 

Kepada pembaca-pembaca blog JR yang telah membaca entri JR atau entri di blog-blog lain mengenai isu ini, sila ambil perhatian terhadap penjelasan Puan Siti Hayu di atas. Ia pastinya berita yang melegakan kita semua, termasuk isteri dan anak JR yg sangat menggemari makanan produk Ramly Burger. 

Tapi dalam masa yg sama dan  bagi memastikan kecurigaan orang ramai terhadap isu ini berakhir terus, JR juga berharap Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah yang dikatakan mengeluarkan surat pengesahan mengenai kewujudan DNA babi dalam Ramly Burger menafikan kandungan surat tersebut. Lebih afdal pihak yang didakwa mengeluarkan surat pengesahan itu sendiri yang menafikannya berbanding pihak-pihak lain yang mungkin kelihatan berkepentingan.

Dan jika puan Siti Hayu sendiri yang memperolehi surat penafian daripada JKN Kedah mengenai isu ini, harap puan dapat panjangkannya kepada JR untuk diwar-warkan kepada semua pembaca bagi mencantas kabar-kabar angin tak berasas itu.

8 comments:

  1. ni mesti nak menjatuhkan ramly beger =_=

    ReplyDelete
  2. adat orang berniaga..
    ada je kabar angin tak baik..eik??

    ReplyDelete
  3. wahhh.. hebat blog JR terus datang tak sampai sejam .. hehe.. emm.. orang Melayu memang dengki.. tak boleh tengok orang lain maju sikit kan..

    ReplyDelete
  4. Freaky: Perangai jatuh menjatuh adalah salah satu tabiat semulajadi Melayu sejak zaman kesultanan Melaka hingga kini..

    ReplyDelete
  5. Diana: Betul tu, berniaga goreng pisang pun banyak dugaan, apa lagi berniaga juta-juta ringgit kan?

    ReplyDelete
  6. M.Fizan: Itu namanya perangai hasad dengki (PHD)

    ReplyDelete
  7. mesti ada orang nak dengki ni.

    tapi sebaikny ada pihak mengesahkan status produk mereka tu.baru kita pun tak was2 nak makan..

    malam2 makan burger..heehe

    ReplyDelete
  8. Sila rujuk www.halal.gov.my
    ada kenyataan media berhubung isu ini.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....