»

02 December 2011

Info Sihat: Kahwin Cepat Panjang Umur, Kahwin Lambat Pendek Umur

Salam pagi Jumaat daripada JR, semoga korang yang menerjah blog ini di dalam keadaan sihat-sihat saja, amin...

Cuti-cuti sekolah ni memang musim ramai orang buat kenduri kahwin. Tapi dalam makan-makan kenduri, kesihatan perlu dijaga. Jangan terlebih makan, nanti pelbagai penyakit mengundang.

Bercakap tentang kahwin, tahukah korang: orang yang berkahwin usianya adalah lebih panjang berbanding dengan mereka yang membujang? 

http://lh4.ggpht.com/_VyCQ1WbPMMU/SeXVK0vnSuI/AAAAAAAACo4/G85-GGcp1ZE/DSC_0074%20web.jpg

Kenyataan ini berdasarkan data yang telah dikumpulkan selama 40 tahun oleh sekumpulan penyelidik di Norway. Keputusan penyelidik Norway ini menunjukkan jurang usia yang semakin melebar antara  mereka  yang berkahwin berbanding mereka yang memilih untuk hidup membujang. Pada tahun 1970, lelaki bujang yang diserang kanser berisiko 18% lebih tinggi untuk menemui ajal berbanding rakan mereka yang telah berkahwin. Berdasarkan kajian pada tahun 2007 pula, angka kematian mereka yang membujang telah meningkat kepada 35%. Kumpulan penyelidik itu tidak pasti mengapa orang yang membujang cepat menemui ajal, namun mereka percaya peranan isteri yang mendesak suami mendapatkan rawatan awal dikenal pasti mempengaruhi jangka hayat seseorang lelaki. 

Walaupun kajian ini hanya untuk lelaki, JR percaya jika ia membabitkan wanita mungkin mendapat jawapan yang sama: wanita yang membujang lebih cepat menemui ajal berbanding dengan mereka yang berkahwin. Sebabnya juga mungkin sama:  peranan suami yang mendesak isteri mendapatkan rawatan awal boleh  mempengaruhi jangka hayat seseorang wanita.

Apapun, sebagai seorang Islam, JR percaya ajal maut seseorang ditentukan oleh Allah dan bukannya status perkahwinannya. Manusia cuma bisa merancang, termasuk merancang perkahwinan mereka, namun Allah jua Yang Maha Perancang. Tapi sebagai manusia kita perlu berusaha mengurangkan risiko yang ada.

Kepada yang belum berkahwin diharap info ini dapat menyemarakkan semangat korang untuk berkahwin cepat....

(sumber info: iSihatDis)

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....