»

07 December 2011

Pilihanraya Umum Malaysia Ke-13: Ramalan Si-Sotong Kurita

Salam pagi Rabu daripada JR buat semua pembaca blog ini. Semoga semuanya sihat belaka, insyaallah...

Khusus untuk peminat bola: korang masih ingat tentang sotong kurita bernama Paul yang membuat ramalan tepat untuk final Piala Dunia di Afrika Selatan pada 2010? Malangnya Paul yang hidup di akuarium di Oberhausen, Jerman itu telah mati pada 26 Oktober 2010

Kini seekor lagi sotong kurita muncul sebagai peramal kejuaraan bolasepak....

 
Kelmarin di BENALMADENA, Sepanyol, seekor sotong kurita bernama Messi dilaporkan AFP meramalkan  Barcelona akan menang mengatasi Real Madrid dalam perlawanan bola sepak yang bakal berlangsung pada Sabtu ini. Barcelona akan menentang Real Madrid di tempat sendiri.

Sotong itu diberi nama Messi sempena nama bintang bola sepak dari Argentina, Lionel Messi. Haiwan itu meramalkan pemenang dengan memilih sardin yang akan dimakan dari dalam sebuah botol yang mempunyai logo Barcelona di Akuarium Sea Life di sini.

Sama ada ramalan sotong kurita bernama Messi itu akan tepat atau tidak, hanya dapat diketahui pada Sabtu ini. Tapi bagi kaki judi bola, ramalan Messi itu pasti menarik perhatian mereka.

Itu di Sepanyol, bagaimana dengan Malaysia?? Bagi tokoh-tokoh politik yang semakin berdebar kerana pilihanraya umum akan datang tak lama lagi, mereka juga pasti mahu tahu siapa yang akan memenangi pilihanraya umum ke-13 yang dijangkakan pada awal tahun hadapan? Bagi yang ingin tahu keputusan pilihanraya itu mereka boleh pergi ke Benalmadena, Sepanyol bagi mendapatkan ramalan  Messi...

1 comment:

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....