»

06 December 2011

Kumpulan Rock Bunkface: Reformasi Atau Celaka?



JR kadang-kadang nak tergelak juga dengan alasan yang berubah-ubah orang-orang berjawatan tinggi kita. Minggu lepas kata lain, hari ini kata lain. Itulah yang terjadi kepada kumpulan rock Bunkface, minggu lepas lagu mereka panik diharamkan di RTM kerana dikatakan ada perkataan reformasi, hari ini lain pula alasan RTM.

Baca alasan terbaru RTM seperti yang tersiar dalam Malaysiakini hari ini:-

Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Norhayati Ismail berkata, stesen milik kerajaan itu tidak mempunyai masalah dengan perkataan "reformasi" yang digunakan dalam lirik lagu Panik oleh kumpulan Bunkface.

Sebaliknya, kata Norhayati, keprihatinan RTM adalah berhubung perkataan "celakamu" dalam lagu yang dipetik daripada album kedua kumpulan punk rock itu.

"...tak ada kena mengena dengan konspirasi, apa semua itu," katanya ketika ketika ditanya sama ada tindakan RTM yang tidak mahu menyiarkan lagu tersebut dalam saluran mereka adalah berhubung perkataan "reformasi" dalam lagu tersebut.



NONE 















Perkataan "celakamu" yang dipertikaikan itu diselitkan dalam bait ketiga terakhir lagu berkenaan – 

Ku selalu berasingan jauh
Dan kubiarkan mulut celakamu 
Kan kutunggu-tunggu
Ditentukan padaku padamu
Pada mereka yang setuju."

Bait kelima lagu itu pula berbunyi: 

Reformasi mana sakti
Sini semua beraksi
Ancaman mereka tiada makna
(Sumber: Malaysiakini)


Yang JR nak tergelak dengan alasan RTM tu ialah banyak lagi lagu-lagu yang lebih teruk daripada perkataan "celaka" pernah tersiar di RTM sejak dulu hingga kini. Lagu-lagu cinta yang membawa mesej bercumbu antara lelaki dan perempuan yang belum kahwin mengapa boleh? Perkataan "Celaka" tak boleh, tapi perkataan mengenai cinta, rindu, mengajak bercumbu dan khayalan tentang pelakuan yang boleh menjurus kepada zina pula boleh?

Dan bagaimana pula dengan perkataan "bangsat" yang diucapkan oleh Perdana Menteri tiga hari lepas, ia juga perkataan yang sekelas dengan "celaka" juga kan? Tapi mengapa RTM siarkan perkataan "bangsat" yang dituturkan PM berkali-kali di TV??

JR: Pening kepala aku apabila musik dipolitikkan oleh orang-orang besar kita...

2 comments:

  1. semua benda nak dipolitikkan. apa la masalahnye. banyak lagi benda lain yang lagi teruk boleh plak pejam mata? ish. merepek betul

    ReplyDelete
  2. nohfee: entahlah, gajah di depan mata tak nampak..lawak sungguh

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....