Kalau korang kakitangan awam atau suami/isteri, bapa atau mak korang kakitangan awam, pasti tertunggu-tinggu jadual gaji baru 2012 yang dikatakan sangat lumayan itu. Berapa kenaikannya??
Berita baik untuk kakitangan awam yang baru JR dengar: pekeliling jadual gaji baru 2012 untuk kakitangan awam itu akan keluar esok atau selewat-lewatnya minggu depan.
Tapi sebelum itu, lihat dahulu tarikh pembayaran gaji kakitangan awam 2012 yang telah pun dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Akauntan Negara (ANM) seperti berikut:
Jadual Gaji 2012 SBPA : Semakan Kakitangan Awam
BULAN | TARIKH PEMBAYARAN | HARI | CATATAN |
Januari | 16 Januari 2012 | Isnin | Tahun Baru Cina 23 & 24 Jan 2012 |
Februari | 23 Februari 2012 | Khamis | |
Mac | 22 Mac 2012 | Khamis | |
April | 25 April 2012 | Rabu | |
Mei | 23 Mei 2012 | Rabu | Pesta Menuai 30 & 31 Mei 2012 |
Jun | 25 Jun 2012 | Isnin | Hari Gawai 1 & 2 Jun 2012 |
Julai | 25 Julai 2012 | Rabu | |
Ogos | 13 Ogos 2012 | Isnin | Hari Raya Puasa 19 & 20 Ogos 2012 |
September | 25 September 2012 | Selasa | |
Oktober | 22 Oktober 2012 | Isnin | Hari Raya Haji 26 Oktober 2012 |
November | 6 November 2012 | Selasa | Deepavali13 November 2012 |
Disember | 18 Disember 2012 | Selasa | Hari Krismas 25 Disember 2012 |
Mengenai pekeliling jadual gaji 2012 SBPA ini korang boleh rujuk di sini: Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Dan akhirnya kini kakitangan awam sudah boleh merancang kewangan mereka setiap bulan bermula daripada sekarang.
Nasihat JR kepada kakitangan awam: berhati-hati berbelanja bagi mengelakkan kena sembelih...
Tengok tarikh pembayaran gaji bulan November cukup menakutkan. Nasib baik bukan keje gomeng....
ReplyDeletepena rozie: Bulan November bukan menakutkan, tapi menyeronokkan: 6 hb dah dpt gaji!! Yg menakutkan ialah bulan Disember...macam2 kena beli: pakaian sekolah, alatulis baru utk anak2, yuran sekolah dll...
ReplyDelete