»

30 December 2011

Orang Islam Buang Kepala Babi Di Masjid??

Ini berita yang tak enak didengar hari ni. Kejadian ini berlaku di Johor Bahru:  

Lima ketul kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru pagi tadi.

Kepala babi itu di bungkus rapi dalam satu bungkusan ditemui oleh seorang penjaga masjid itu pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis menubuhkan sebuah pasukan siasatan yang diketuai timbalannya, Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.

Agak-agak korang sapa yang buat kerja tak senonoh tu? Dan mengapa dia buat pada hari Jumaat, hari masjid dipenuhi jemaah untuk solat Jumaat?

Ramai orang kata yang membuang kepala babi di luar pintu pagar masjid itu ialah orang Islam sendiri. Kata mereka jika orang bukan Islam, mereka pasti tidak jijik dengan kepala babi itu dan oleh itu mereka tak akan membungkusnya sebelum dibuang. Mereka akan pegang dan buang kepala babi itu tanpa perlu dibungkus rapi lagi. Tapi orang Islam sejahat mana pun tetap jijik dengan babi dan oleh itu mereka membungkusnya dengan rapi sebelum membuangnya di pintu masjid. Oleh itu mereka tak perlu samak tangan  selepas membuang kepala babi itu.

Kepala babi dalam bungkusan...
Tergamakkah orang Islam membuang kepala babi di pintu masjid?  Mencuri wang tabung masjid pun ada yang tergamak, apa lagi membuang kepala babi yang telah dibungkus rapi, kerja mudah jer..

Tapi mengapa ada orang Islam yang sanggup melakukan demikian? Mereka melakukan demikian pada hari Jumaat sebagai provokasi nak membangkitkan kemarahan orang-orang Islam terhadap sesuatu pihak lain..

Tapi andaian bahwa orang Islam yang membuang kepala babi di masjid itu cuma teori beberapa pihak saja. Siapa yang melakukannya, orang Islam atau bukan Islam masih dalam siasatan polis.

Apa pun, pilihanraya dah makin dekat, banyak benda-benda pelik boleh berlaku dekat-dekat pilihanraya ni.

4 comments:

  1. pe motif org mlyu buat mcm ni?hurm.,makin lame.,makin bnyk bende2 yg xsepatotnye blaku.,

    ReplyDelete
  2. Kenapa la...diaorang buat cam gitu...Dah tak hormat Masjid....Dunia sekrg...

    ReplyDelete
  3. ape bukti orang islam buat??
    tak semestinya babi tu dibungkus, bermakna orang islam yang buat..

    ReplyDelete
  4. tak kesah la org islam ke tak, yg penting apa ke jijik sgt perangai dorang ni..haihh

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....