JR suka dengan entri di bawah ni, sebab tu JR bawa ia ke sini untuk korang menikmatinya. JR rasa pembaca terutamanya wanita pasti suka bila membaca entri di bawah ni. Wanita yang dah kawin, pasti selepas membacanya akan teruja untuk membenarkan suami mereka kawin lebih dari satu, seelok-eloknya kawin empat!!!
Baca entri ni:
LELAKI KAHWIN 4 LEBIH KREATIF DARIPADA LELAKI BIASA
Oleh: wartashubhi.blogspot.com
Apakah kelebihan yang ada pada lelaki yang punyai 4 isteri. Tentu ada sesuatu yang menarik dan mengkagumkan pada lelaki seperti itu berbanding dengan lelaki biasa yang hanya setia pada seorang wanita yang bernama isteri sejak dia mula berkahwin sehingga ke penghujung hayatnya.
Sebenarnya memang lelaki yang berkahwin lebih daripada satu mempunyai kelebihan istimewa. Ini dibuktikan oleh satu kajian yang dilakukan oleh Newcastle University yang membuktikan bahawa lelaki yang kreatif mempunyai lebih daripada seorang isteri. Lebih ramai isterinya, maka lebih tinggi kreativiti seseorang lelaki tersebut.
Satu perkara yang amat ketara yang ada pada lelaki kahwin ramai adalah daya tarikan yang ada padanya yang mampu membuatkan ramai orang meminatinya. Biasanya dia bukan saja menarik minat kaum berlawanan jenisnya sahaja, malah rakan lelakinya juga biasanya selesa dan berasa berharga mempunyai kawan lelaki yang kahwin ramai.
Oleh itu kepada para isteri yang suaminya mempunyai hanya seorang isteri, iaitu dia sahaja, sepatutnya merasa bosan dengan suaminya yang kebiasannya adalah kurang kreatif. Untuk menyelesaikan masalah tersebut maka galakkanlah suami anda untuk menanam cita-cita berkahwin lebih daripada satu dan galakkan dia melakukannya, semuanya demi kreativiti.
HIDUP POLiGAMi!!!
errrr..
ReplyDeletepahit dan getirnya bermadu itu hanya yang mengalami akan mengerti...
iye la kreatif... ;p
ReplyDeletehmm..lelaki seronok.perempuan tak kot...
ReplyDeletehihihi...no komen...Kalau di takdirkan hidup bermadu terima ajer...mungkin ada hikmah di sebaliknya....Tuhan ingin menguji kesabaran dan keimanan kita....
ReplyDelete