JR tak tau nak panggil apa dengan orang macam ni.
Nak panggil bapa ayam, dia tak jual anaknya. Kira dia baik sikit dari bapa ayamlah.
Nak panggil bapa haruan, dia tak makan anaknya. Kira dia baik juga berbanding bapa haruan.
Habis nak panggil apa??
Apa pun orang macam ni pasti tak layak dipanggil bapa orang.
Kalau bapa orang dia tak kan rantai anak-anaknya dalam bilik air ketika dia pergi kerja. Jika dia bapa orang dia pasti gunakan akalnya minta orang lain jaga anak-anaknya sepanjang ketiadaannya.
Jika dia bapa orang dan dia terlalu sengkek untuk mendapatkan wang bagi memelihara anak-anaknya, ada jabatan dan NGO yang sanggup menjaga kebajikan anaknya.
Wartawan Kosmo kata bapa itu mengurung anak-anaknya dalam bilik air macam mengurung anak-anak anjing. Bukan JR yang kata, wartawan Kosmo yang kata anak-anaknya dilayan seperti anjing.
Jika dah dilayan anak-anaknya seperti anjing, habis apa sepertinya bapa ini?
Jika wartawan Kosmo kata anak-anaknya seperti anjing, bapanya seperti apa? Seperti bapa anjing???
huhu. nthla JR oi.. sekrang macam2 berita kan.. manusia akhir zaman...
ReplyDeleteBinatang pun tahu sayang ...
ReplyDelete