Korang pernah tengok cerita P.Ramlee? Jika korang tengok, ayat yang paling banyak dan selalu diulang-ulang dalam cerita P.Ramlee ialah, "....nak mampos!!!..."
Dan di bawah ini ada gambar yang jika P.Ramlee masih hidup pasti dia akan berkata, "Tak reti bahasa ke...nak mampos!!"
Gambar di bawah baru diambil kira-kira dua jam lalu di pantai Teluk Chempedak, Kuantan. Ketika itu bendera merah sedang bertiup menandakan laut sedang bergelora. Sewajarnya bila bendera merah bertiup, mereka yang mandi segera beredar kerana ia menandakan laut sedang bergelora. Tapi sebahagian orang ramai terus mandi-manda tanpa menghiraukan bendera merah yang berkibar.
Mereka tak sayang nyawa ke??
Mungkin mereka ingat bendera merah tu tersilap memberi amaran?
Mereka mungkin hanya menyedari bendera merah itu tak tersilap bila nafas mereka tercungap-cungap ditelan gelombang. Tapi ketika itu dah terlewat.
berhati2 setiap langkah,walaupun mati itu adalah pasti..
ReplyDeletemcm budak2..y dilarang tulah yang mereka nak buat..hehe
ReplyDeletenak kena ada lifeguard yg kejar diorang dgn rotan baru diaorang takut kot..
ReplyDeletedah terlebih sayang nyawa la tu kot
ReplyDelete