»

06 December 2011

Gambar Budak Lelaki India Hindu Berkhatan

Salam pagi Selasa untuk semua pembaca blog JR.

Apa yang korang buat sempena cuti sekolah yang panjang ni? Paling tidak pun pasti menghadiri kenduri kahwin yang tak habis-habis sepanjang Disember ni kan? Sempena cuti sekolah ni, selain dari kenduri kahwin ramai juga orang yang mengadakan kenduri khatan. Yang menariknya kadang-kadang kenduri khatan ni dibuat besar-besaran sehingga  menyamai kenduri kahwin. Hebat!!

Berkhatan adalah satu amalan yang sangat dituntut dalam Islam, malah kebanyakan ulamak menghukumnya sebagai wajib untuk lelaki yang beragama Islam. Tapi selain dari yang beragama Islam, ada juga mereka yang bukan beragama Islam turut sama berkhatan , bukan kerana agama tapi untuk kesihatan dan kebersihan diri. Lihat gambar di bawah ni, dua orang kanak-kanak India beragama  Hindu turut berkhatan dalam satu majlis berkhatan beramai-ramai di Pulau Pinang.

 

Dua kanak-kanak India Hindu tersebut, M. Thivagar dan adiknya, M Pavithran, teruja apabila berpeluang merasai pengalaman berkhatan bersama 48 kanak-kanak Islam lain dalam satu program berkhatan di Kampung Kijang, Alma, Pulau Pinang. Ia pasti pengalaman yang menyeronokkan bagi mereka. Tapi yang paling penting ialah kebersihan alat dalaman mereka terjamin selepas berkhatan.

Begitulah indahnya Islam, sesuatu amalan yang baik akan menjadi ikutan penganut agama-agama lain, Allah Akbar!!

(foto: ihsan dari sinarharian)

5 comments:

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....