»

31 December 2011

Dan Akulah Lelaki Penakut Dan Tak Normal Itu


Salam pagi Sabtu buat semua pembaca  blog JR.

Hari ni adalah hari terakhir bulan Disember. Esok bermulalah tahun baru 2012. Di Malaysia bulan November dan Disember terkenal sebagai musim kenduri kahwin.

Sempena dengan musim kenduri kahwin yang hampir di penghujungnya ini JR nak bercakap sikit mengenai isu perkahwinan. Di Malaysia ramai lelaki yang berkahwin cuma dengan seorang wanita, tapi ada juga yang berpoligami, ada yang beristeri dua, tiga dan empat.

Ada seorang rakan JR dua hari lepas bila ditanya mengapa dia kahwin lebih dari seorang, dia berkata hanya lelaki penakut saja yang berkahwin satu. Malah katanya Allah sendiri menggalakkan umat Islam berkahwin lebih dari satu, tapi bagi lelaki yang penakut Allah menyeru mereka kahwin satu saja, kerana sebagai sorang yang penakut mereka cuma layak kahwin satu saja:

"Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai, dua, tiga dan empat, tetapi kalau kamu TAKUT tidak dapat berlaku adil hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja" (Surah an-Nisa’ 4:3.

http://denaihati.com/wp-content/uploads/2011/11/poligami.gif

Katanya Allah memulakan seruan perkahwinan itu dengan menyeru lelaki kahwin dua, tiga dan empat. Katanya ini menandakan Allah lebih menyukai lelaki yang kahwin dua, tiga dan empat, manakala  kahwin satu cuma untuk mereka yang penakut dan tak normal saja!!!

Jadi JR yang cuma punya satu isteri ni penakutlah??

"Ya la, hang memang penakut!!!" kata rakan itu sambil ketawa besar.

Tak patut betul dia kata macam tu. Lawyer buruk, pandai dia menafsir ayat Al-Quran mengikut kecenderungan sendiri....

Tapi jika JR benar-benar penakut cuma kerana kahwin satu, JR terimalah kenyataan itu. Ya la, aku cuma ada satu isteri yang sangat ku cintai. Nak kata aku penakut dan tak normal pun katalah...

5 comments:

  1. sweet bile seorang suami kata dia mencintai seorang isterinya...hehehe...moga bahagia hingga syurga

    ReplyDelete
  2. Selamat Tahun baru jugak hihihi...

    ReplyDelete
  3. harap suami Arra penakut juga! hehe

    ReplyDelete
  4. tapi en.jr setia..nanti kalo tak adil,susah jugak..selamat tahun baru..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....