Jika korang wanita, korang pasti sangat-sangat tersinggung dan tak suka baca berita di bawah ni. Jika korang lelaki korang juga pasti tak senang dengan keputusan survey yang dibuat ni. Tapi jika responden yang ditemubual berkata dia jahat, tak kan pula pengakuannya itu boleh ditukar dengan berkata dia sebenarnya baik, kan?
Jadi terima sajalah keputusan survey yang menyatakan 40% daripada wanita Malaysia curang ini. Bagi lelaki pula, terima juga hasil survey yang menyatakan lelaki Malaysia secara puratanya mempunyai 3 pasangan seks sepanjang hidup.
Apapun, JR percaya pembaca blog ini bukan dalam golongan wanita dan lelaki curang yang dikatakan di atas tu. Biarlah orang lain dengan dunia kemaksiatannya, kita dalam dunia kita sendiri yang penuh keimanan dan ketaqwaan. Jika kita yang ditemubual pasti result nya berbeza, kan?
Baca seterusnya:
Berdasarkan suatu kaji selidik, 33% lelaki Malaysia mengakui bahawa mereka tidak setia kepada pasangan masing-masing. Negara yang menduduki tangga kedua carta ini ialah Korea, 34%, manakala Thailand menjuarai carta ini dengan 54% lapor China Press.
Selepas Malaysia, negara yang dinyatakan dalam senarai itu ialah Rusia 32% dan Hong Kong 29%.
Kaji selidik melibatkan responden wanita pula mendedahkan bahawa 39% wanita Malaysia mengakui curang kepada pasangan masing-masing. Dua negara yang menduduki senarai teratas ialah Nigeria 62% dan Thailand 59%.
Kaji selidik yang dijalankan oleh pengeluar kondom Durex berdasarkan temu bual dengan 29,000 orang di 36 buah negara.
Kaji selidik itu turut mendedahkan lelaki Malaysia secara puratanya mempunyai 3 pasangan seks sepanjang hidup manakala lelaki di Singapura dan Hong Kong mempunyai 16 pasangan seks sepanjang hidup mereka.
(sumber info: DCM)
perghh... menakutkan
ReplyDeleteni nasib baik dia tulis malaysia.. so, random la.. kalo dia siap tulis bangsa apa... jeng3... siapakah juaranya? huhuhu
ReplyDeletehamzah: memang mnakutkan, uhk..uhk..uhk..
ReplyDeletepearl kaz: tanpa disebut pun agaknya dah boleh tahu siapa juaranya...
ReplyDeleteDiana: cerita ler nanti yer?
ReplyDelete