»

01 December 2011

DNA Babi Ditemui Dalam Ramly Burger?

JR berharap berita yang JR baca ni cuma berita palsu. JR juga sangat-sangat berharap ia cuma berita yang sengaja dicipta untuk memburuk-burukkan dan menjatuhkan empayar bisnes orang Melayu. JR juga terlalu berharap surat dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah itu juga adalah palsu. JR berharap begitulah,  kerana sebagai orang Melayu JR sangat benci jika ada usaha untuk membunuh bisnes orang Melayu.

Sebab tu JR mulanya teragak-agak nak masukkan berita ini dalam blog JR. Tapi bagaimana jika ia benar? Isteri dan anak JR sangat suka burger, setiap bulan mesti makanan segera itu sekurang-kurangnya dua kali memasuki mulut mereka. Dan bagaimana dengan orang-orang Islam lain yang pernah dan akan memakannya? Jika ia berita benar, berdosa besarlah JR jika menyembunyikan sesuatu maklumat yang JR ketahui dari pengetahuan umum. Justru atas dasar takut berdosa itulah JR hebahkan berita ini untuk korang semua....

Berita yang JR nak kongsikan bersama korang ini ialah mengenai satu surat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang berbunyi:

"Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Kesihatan Daerah Yan, Kedah, telah membuat persampelan terhadap produk frankfurter lembu dengan jenama Ramly dan keputusan analisis menunjukkan DNA Khinzir dikesan. Maklumat lanjut mengenai produk tersebut adalah sebagaimana di Lampiran 1."







 

(Sumber info: http://duniacacamarba.blogspot.com)

JR berharap pihak bertanggung jawab (Kementerian Kesihatan Malaysia, JAKIM dan sebagainya) dapat membuat penjelasan mengenai penemuan Pejabat Kesihatan Daerah Yan itu. Berdosa besar jika kita menyembunyikan berita, apa lagi berkaitan makanan yang mengandungi bahan yang haram di makan oleh orang Islam. 

Tapi sekiranya berita ini nerita palsu dan surat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah itu juga surat palsu (JR sangat berharap begitu), harap pihak bertanggungjawab dapat menafikannya segera demi akidah umat Islam.....

13 comments:

  1. Salam,

    Perkara di atas adalah dirujuk.

    Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pengilangan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh JAKIM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan lain-lain jabatan yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal.

    Kami telah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab menabur fitnah ini. Oleh kerana perkara ini dalam siasatan polis dan tindakan undang-undang oleh peguam, maka kami tidak boleh memberi komen atau keterangan lanjut.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,

    Siti Hayu Binti Dato’ Haji Ramly
    Pengurus Kanan
    Pemasaran Ramly Mokni Sdn Bhd

    ReplyDelete
  2. Pembaca blog JR: Sila ambil perhatian terhadap penjelasan Puan Siti Hayu di atas. Ia berita yang melegakan kita semua, termasuk isteri dan anak JR yg sangat menggemari Ramly Burger. Tapi dlm masa yg sama JR juga berharap Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dapat menafikan surat yg kononnya mereka keluarkan itu...

    ReplyDelete
  3. Semua ini hasad dengki tidak mahu melihat orang Melayu dan Islam berjaya dalam perniagaan.

    Syabas kepada Siti Hayu Dato'Haji Ramly

    ReplyDelete
  4. hooo, pening2 =='
    skarang ni banyak produk yg xhalal, tpi logo halal trpampang besar2..

    ReplyDelete
  5. mujur la..sy pun suka mkn burger..:)

    ReplyDelete
  6. Manusia ni ade PHD memang susah la...

    ReplyDelete
  7. Sy agak saspen baca entry ni, manakan tdk, setelah sekian lama br tergerak hati nak beli ramly semalam...tetiba hr ni terbaca entry ni...mujur ada penjelasan dr Pn. Siti Hayu ia sedikit sebanyak mampu menenangkan kesaspenan sy. Thanx tuan blog for sharing info yg sgt berguna.

    ReplyDelete
  8. Mialia: memang ramai yg terkeliru

    ReplyDelete
  9. pena rozie: Ramai manusia yg ada PHD, terutama Melayu, malang sungguh!!

    ReplyDelete
  10. Arra Ahmad: sila baca penjelasan Puan Siti Hayu Dato' Ramly di atas.

    ReplyDelete
  11. MyHeart: Burger sememangnya sedap kan?

    ReplyDelete
  12. kongsi bersama..
    Hotdogs Ramly Yang Dikatakan Mengandungi DNA Babi
    http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/40798

    ReplyDelete
  13. baru je tulis pasal ni dh dapat feedback.. bagus la pihak yg berkaitan dh bg penjelasan.. nampaknya fitnah cepat je merebak dan sy pula dh jd salah seorang penyebar fitnah kerana termakan fitnah.. geramnyerr

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....