Adilnya mahkamah kita kan? Tengok ni:
1) Cerita 1: Curi RM20, Kena Penjara 3 Tahun
KUALA TERENGGANU- “Saya langsung tidak ada niat hendak menyamun mangsa tetapi saya benar-benar dalam situasi terdesak memerlukan wang untuk membeli susu kepada anak kembar yang baru berusia setahun,” demikian jelas tertuduh, Mohd Hishanudin Abdullah, 32, ketika menjawab pertanyaan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin yang ingin mengetahui sebab mendorong dia melakukan jenayah tersebut.
Bapa kepada tiga anak itu turut mengakui semasa kejadian, dia yang berada dalam dunianya sendiri berikutan penangan najis dadah yang diambilnya sebelum itu juga mendorong dia bertindak sedemikian rupa dan sanggup memeras ugut mangsa hanya kerana inginkan RM20.
Bapa kepada tiga anak itu turut mengakui semasa kejadian, dia yang berada dalam dunianya sendiri berikutan penangan najis dadah yang diambilnya sebelum itu juga mendorong dia bertindak sedemikian rupa dan sanggup memeras ugut mangsa hanya kerana inginkan RM20.
2) Cerita 2: Curi RM3 Juta, Kena Penjara 1 Tahun
SHAH ALAM — Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini (bernilai RM 3 juta) empat tahun lepas.
Dalam pada itu, Mohtarudin turut memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan.
Dr. Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga (bernilai RM3 juta) iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn. Bhd. (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.
Bodoh...Mengapa Curi RM20 Saja, Bukan RM3 Juta?
Seronok kan jadi tokoh politik...selalu saja bernasib baik!!
tak pernah adil
ReplyDeletedunia tak adillllll.........
ReplyDeleteFiqa: Hanya mahkamah Allah yg Maha Adil
ReplyDeleteZora: Mahkamah dunia penuh aniaya, mahkamah akhirat tak kenal pangkat..
ReplyDelete